BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Thursday, December 22, 2011

bila ak disuruh menanti....

yosh!!!
tiba2 kata cancel...2 hr kena jadi penunggu kat sini...
ada la kecewa sikit2..
bkn apa, kn bebel
"kau nak mkn kat sana pakai apa/"
ak fikir,
tu je  duit yg ada, yg ak blh tuntut dngn diaorg tau...
jgn ngada2 nak mintak plak lepas nih...
sabar jelah...
yg plg tak tahan smpai tahap leleh bila
ak kena awalkan waktu b'pisah dgn home sweet home ak 2 hr lebih awl...
coz no reason waiting alone in this place...
i'm scare..
if they what happen to me last night and further...
they will babbling.....

Sunday, November 20, 2011

pencinta ALAM

BISMILLAH...
ASSALAMUALAIKUM SEMUA KORANG2 TAK KIRA D MANA BERADA...
SELAWAT DAN SALAMBUAT JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW...

ALHAMDULILLAH...
ak dikurniakan 2 bijik mata yg cntk dan elok terletak di tmnpat sepatutnya
TAPI... dah rabun dah coz tak menghargai ciptaan Allah ni dan tidak menjaganya dengan elok...
SO...bila ak jalan and ak buat muka don't know jer dengan korang, korang jangan marah tau...tu bersebab la tu.
SEBABNYA ak x brp jelas la korang tu sapa...kan ak salah tegur org kan malu ak...kes x sedar diri ni weh...

ALHAMDULILLAH...
ak dikurniakan hidung untuk menghidu...
HIDU BAU APA?
of course la bau ALAM...
kan kita tengah cakap pasal ALAM nih....
ak syukur dpt hidup udara pg sebelum dan lepas menunaikan solat subuh kat surau...
rasa mcm kat kg sndiri...kat rumah sndiri...

ALHAMDULILLAH...
ak dikurniakan bibir @ mulut untk sentum...
NAK BG SEDEKAH KAT ORANG LAH..
nak bg duit ak takde, so bg senyum je la...
tu pun tuk org yg ak kenal n pompuan, org yg ak hormat n seangkatan dengannya...

ALHAMDULILLAH...
ak dikurniakan telinga untuk mendengar alunan azan dan iqamat dr surau...
panggilan tuk menunaikan solat SECARA BERJEMAAH....

ALHAMDULILLAH...
ak dikurniakan tangan tuk menagkap picture2 yg menarik yg ak nak kongsi dengan korang semua...
selain tangkap picture, ak boleh guna tangan ak nak taip keyboard for sharing dengan korang about my story.,..
(gedik pula rasa bila talking campur BM n BI nih...but i still want to mix it...)

HENCE, apa lagi tak cukup tuk korang hayati alam ni????haha???jawab ler....
APA LAGI KORANG NAK HAH, BILA ALLAH BG ANGGOTA BADAN PERFECT GILA....kita tak pula nak penuhi kewajipan sebagai seorang ISLAM....
solat subuh ntah ke mana, apatah lagi nak berjemaah kat surau...lelaki dah pupus ke hah???
pantang bila lakil liat nak bangun subuh kat surau or masjid...coa tmpat tu afdal tuk lelaki...

AK BANGGA yg teramat sangat dengan beberapa org kat tmpat ak ni, yg OKU tu...
mereka lebih berkobar2 memenuhi tuntutan ilahi BERBANDING somebody yg smpurna n ferfect tu...

eh..lupa plak..tujuan ni nak share gmbr lah/...gmbar alam...i like all of them...



















Thursday, November 17, 2011

YA ALLAH

BISMILLAH...
SALAMUN 'ALA KULLI INSAN FI KULLI MAKAN..
SHOLAWATAN 'ALA NABI SAW....

sememangnya ia tak perlu hadir tatkala hr terakhir examku,
gundah ak hr ini bila ianya sering menjengah dalam kotak fikiranku...
ku sudah kata,
ak x sanggup diduga ujian seperti ini..
jika yg lain mungkin mampu ku tahan,
tp tidak yg ini...
Ya Allah, ku mohon dengan sangat...
jauhkan lah ak dari ujian seperti ini...
ak tak bersedia...

Wednesday, November 16, 2011

ak rasa setakat ni je kot...

BISMILLAH
ASSALAMUALAIKUM
SEHOLAWAT DAN SALAM BUAT JUNNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DAN SAHAT BAGINDA, TIDAK LUPA PADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...
SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN SEPERJUANGAN YG BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA

ap yg dok kata setakat ni je nih?
actually, cukuplah ak perbodohkan diri...
cukup lah mengharap pada sesuatu yg tak mungkin ku kecapi,
cukuplah ku perhambakan diri pada duniawi,
cukuplah ku rasa, jika tiada peluang , maka tiadalah...
tidak mahu lagi ku kejar benda yg tak pasti,
bukan ku kecewa, ttp ku sedar siapa aku,
huh...sememangnya ak tak berpijak di bumi nyata..

cukupkah kasihku pada yg Esa untuk ak dikurnia segala yg ku inginkan...
ku yakin dan pasti...
Allah telah tunjukkan kebenaran...
kita semakin jauh...(sememangnya kita tak pernah dekat pon...)
hence, instead i'm suffer more later, better i turn back, not lock toward i want believe i can't get...
my hope to Allah,
if i didn't meant to that 'thing',
bring me to the right path...
i really hope that...

new entry mean new meaning of life for me....
become strong is the way i futher my life...
hold to ALLAH is the best and cannot be replace...

"Ya ALLah, sememangnya ak adalah hambamu yg hina, yg sentiasa mengaharp belas ehsan Mu . Terimalah segala amalanku, ku memohon keredhoaanmu....
Ya ALLAh, sekiranya itu yg terbaik buatku, jauhkanlah ak dari rasa itu...usah biar hatiku leka dengan man is dunai hingga terbit rasa lalai padamu...
aku mengejar cintamu,, maka janganlah kau lepaskan ak, ak cintakan agamamu, maka jangan jauhkan ak dari jalanmu...
boimbinglah ak menjadi insan yg sentiasa mengejar cintamu...'tiada lagi cinta dan kasih ak layak curahkan selain darimu...
LOVE ALLAH, then HE will LOVE YOU...

ak adalah ak, dan ak setia dngn caraku, bila smpai wktu perlu ku  ikut  percaturan hidupku,ak akan menjadi sesopan  seperti yg kamu mau...

Thursday, November 10, 2011

SAHABAT

BISMILLAH...
ASSALAMUAlAIKUM
PRAISE TO ALLAH AND HIS MESSENGER, MUHAMMAD SAW

sahabat,
makna di sebalik kalimah itu?
semua pandai berkata, tapi tiada nilai kata2tanpa makna yang sebenar..

semua bersahat, ak pun bersahabat,tetapi bezanya,.
ak tidak benari menaruh nilai persahabatan 100% kerana ak tak mau kecewa nanti..
kecewa ditikam sahabat, kecewa ditinggalkan,kecewa disisihkan, takut terasa hati, khuatir di sakiti..
so,ak meletakkan keutamaan kapercayaan ak kepada ALLAH seterusnya diri ak sendiri...
bukan apa...
baik ak layan  diri ak elok2 dari layan keinginan orang lain...

maaf sahabat2 ku yg di luar sana...
bukan aku tak mempercayai kamu semua...
tapi baik ak berjaga2...
tu sebab ak suka berkawan tapi tidak memilih kawan mana untuk dijadikan kawan baik...
teman baikku al-quran, sahabt karibku alam, kebergantungnku hanya ALLAH..

i'm sorry...
al-quran penerang hati yg kegelapan

Wednesday, November 9, 2011

selamat menempuh ujian...

BISMILLAH
ASSALAMUALAIKUM
SHOLAWATAN 'ALA MUHAMMAD SAW

wish all best of luck in imtihan...
mubarak 'ala kulli hal..

ujian sememangnya tak pernah hilang di dunia..
examination is one of them...
so need to proceed with that.

sememangnya kegentaran itu ada tapi ku kuatkan agar semuanya mudah..

ujian 

usaha + doa + tawakkal...


less effort will make me suffer at the ends..
i bet the best when doing something but if i fail, what i can do??? notin....



 

Wednesday, November 2, 2011

hehehhe...suka (~_~)

BISMILLAH...
Assalamualikum, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW
syukur2 ALHAMDULILLAH....

why Im soooooooooHAPPY????
yeah, i'm really happy because i got something that make me smile before i got to sleep and after i  woke...
i see it in front of me...
tulisan khat yg ditulis ustaz dr Yayasan Warisan Islam tu...coz i got no3 during competition when i join khat bengkel last day...
Actually benda tu x jangka pun...
niat gila2 nak blajar khat, last2 tau ada pertandingan tulis khat tuk peserta bengkel...n guest it...i won....(^_^)
dah la khat yg ak tulis tu last minit...masa dah tamat br ak smpt tulis...hehehe, tak jangka boleh no....

hadiahnya\, ustaz yg bg bengkel tu tulis nama i dlm tulisan khat diwani....wauuuuu... SUPER LAWA...
nnnt kita share yg ustaz tu buat ye,,,

bila dpt terus tmpl kat dinding, buat tatapan mata sebelum tido n lepas bangun...tenang rasa...seni islam ni memang menawan kalbu n hati ...

Monday, October 31, 2011

**edit PICTURE**

BISMILLAH
ASSALAMUALAIKUM KORANG2...
SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD, KELUARGA, DAN SAHABAT BAGINDA...=)

entry kali ni saja2 je nak menunjuk gambar yg kita edit...hehehe=)
guna photoshine and photoscape software...
biasa2 je hasilnya....mekasih luangkan masa

gmbr kat bukit kluang, ganu kiter...=)

my late dad and my mom

with my classmate

me myself

siti zu n me

my friend


Saturday, October 22, 2011

aku rebah tak berdaya

BISMILLAH

Assalamualaikum
Selawat ke atas rasul junjungan

banyak sangat ujian
teruk ak jadinya
ak lemah
aku rebah
tiada daya tuk bangkit.

masalah utama menghimpit, membuat ak tersepit
membuat ak seakan2 melarikan diri dari mereka
membuat ak kembali futur dalam perjuanganku
membuat ak lemah dalam gerak kerjaku
buat ak rasa tak guna
buat ak rasa ak insan yang x layak diberi tanggungjawab apapun

ampun ya Khaliq jika ak tak banyak menghabiskan masa bersama menuju jalannMU



Wednesday, October 19, 2011

~indahnya jalan menuju ke SYURGAMU~

BISMILLAH
ASSALAMUALAIKUM
SELAWAT & SALAM BUAT RASUL JUNJUNGAN

Indahnya jalan yang Allah kurniakan buatku menuju ke SYURGANYA...
Alhamdulillah, lafaz tahmid dialunkan.

Ku hidup mengejar redhaNya, bukan taklifan yang kadang kala buat aku lalai dengan manisnya dunia.
Ku hidup bertunjangkan kalimah SYAHADAH yang kadang kala hanya sekadar basah dibibir tetapi kering di hati.
Ku hidup berselimut ASMA ALLAH yang maha Besar, tiada tandingan dengan apapun.
Ku hidup mencari CINTANYA, LANTAS IA MENGURNIAKANKU CINTANYA bercampur cinta manusia.

indahnya jalan hidupku sekiranya aku mengikuti tuntutannya,
menunjukkan bahawa aku hamba yg selalu meminta,
menunjukkanku hamba yang kerdil.

ampunkanku ya Allah jika citaku padaMu masih lagi tidak sempurna.
meski ku rapuh, kadangkalanya tak setia pada jalanMu.
Maafkanku jika cintaku masih lagi tak sempurna padaMu ya Allah.
ku harapkan rahmatMu sentiasa mengiringiku hingga selama-lamanya.
semuanya kan berakhir padamu.

walimahku




Saturday, October 15, 2011

Allah Maha Adil


In the name of Allah the most gracious and the most merciful,
Assalamualaikum...

Penat, memang penat bila diri ini asyik ditipu sahaj. Tak takut hokum Allah kah manusia penipu.
Huh, mungkin bagi kamu itu kerjamu, MENIPU.
Tapi fikirkah kalian hasil penipuan kalian menyebabkan insane lain menderita.

Okeih, back to the point. Kat sini nak citer hasil penipuan jantan ni.(JANTAN?, YES COZ TAK LAYAK NAK PANGGIL GOLONGAN PENIPU DAN PEMALAS MACAM NI AS GUYS)

Kisahnya bila aku dalam perjalanan pulang dari rumah kakakku kat Gombak. Tujuan pulang ke sana? Buat muka kasihan, mintak pinjam duit. Dia je yang mampu bagi pinjam. Ingat senang ke nak pinjam???bila fikir baik, tebal muka nak pinjam tau...
Nak kata ak tak ada duit,bukan tak de, tapi bagi pinjam kat kakak ak yang lain. Dia nak bayar yuran further study. Jadi, masa skrang ni tak de duit lagi lah...

Bila kat lrt masjid jamek, datang jantan ni buat muka seposen, kat dia kena tipu...HAHAHHAH, pandai penipu sekarang, bukan dia ditipu tetapi dia adlah penipu.

Citer tu, citer ni,ingat ak nak dengar ke?HAH!!!
Ak nak kejar g meeting, jadi macam ni plak. Ak benci dan menyampah tau jantan macam ni... dah sihat tubuh badan, tak nak guna tenaga 4 kerat buat kerja.. what the heaven happened to me.

Dah ak kata tak de duit, tu pun duit pinjam boleh dia nak rembat rm 50 ak. Tak makan la ak der...
Ntah kenapa tangan ni gatal bagi...
Memang maki diri sendiri la lepas tu sebab bagi kat jantan tak gun atu duit ak...
Ikat perutlah jugak tuk 15 hari ni...

Memang salah jantan tu, tapi benci ak bukan pada dia sorang je. Whole man and guys dapat tempais. Tengok laki je rasa menyampah ...

Diri ak sekarang tak seteruk ak yang dulu bila masuk bab berdendam dengan manusia ni.
Ak bukan org yg lembut dan sopan, tapi seorang yg keras dan degil, ak akan stand dengan keputusan ak, smpai lawan cakap arwah abah. Siap pegang pisau acah arwah abah. Kalau boleh nak elak jadi macam tu kat sapa2. Tak nak lagi cari gaduh.cukup je skali ak jadi macam tu. Tapi bila hal tipu2 ni berlaku, nak aje ak cincang org tu... ak hidup tak nak menyusahkan orang lain  so plez jangan susahkan ak...

Sebabkan hal tu berlaku tmpat public macam kat stesen lrt, ak jadi fobia tuk berada dekat kawasan yang ramai orang... fobia yg amat sangat.mungkin korang rasa ak ni banyak bunyik kan, kerja nak buat story aje, tak, memang ak takut nak berada kat tmpat yg ramai org..kalu boleh elak ak elak...

Hence,ak lebih suka sendiri, bangun dan jatuh sendiri.
Ak mohon allah balas seyimpal penipu2 ya ng liar buat kerja menipu kat luar. Ggirls yg kat luar jangan jadi bodoh mcm ak. Senag nak percaya manusia lain... kalau nak tau, orang yg tak boleh kita percya adlh diri kita sndiri sebab kt tak jangka tindakan kita. Cnth, bila koita jnji nak ikut perintah allah tapi lai jadinya bila kita langgar suruhannya.

Ak paling suka bila Kelantan nak buat hokum hudud kerna ak percaya tak aka nada lagi penipu2 tegar mcm tu. Sekali tipu tobat tak nak buat lagi....
Moga Allah balas perbuatn org yg menipu ni
AKU SOKONG HUKUM HUDUD NAK DI LAKSANAKAN. HANAY ORANG YANG  BERSALAH SAHAJA YANG TAK NAK HUKUM ITU TERLAKSANA KERANA TAKUT HUKUM ALLAH...
INGAT BOLEH LARI KE DER?????

Astagfirullahal adzim....ku pohon ampun ketelanjuran kata2ku Ya Allah...

Sunday, October 2, 2011

=) MY FIRST LIFE AND PRIORITY

ASSALAMUALAIKUM...
PRAISE TO ALLAH AND HIS MESSENGER

alhamdulillah...
i should write it on my second account of my blog by the way, I'm very sure that i can't handle both... so, my post about my undefined life with the label "my first life and priority".

there is my life journey that i'm not sure whether i should share it or not. but i think i should...its about my real story that happened in my life.
i take long time to think  about it. and the conclusion is i should. one of the reason is i'm not a person who can tell a story...i'm not a good story teller...
many things happened in my life, but i can't told everybody...only to allah i pray, however, sometimes we need somebody to share with.

yet still cannot share my life story to person..hence, i take solution by post it on my blog..
I CAN WRITE BUT I CAN'T TELL YOU...
MY MISTAKE, SORRY....




Friday, September 30, 2011

~handphoneku masuk lubang T*****

ASSALMUALIKUM....
(JANGAN LUPA SELAWAT YE!!!!)

HAHAHAHAH!!!!!
itulah yang najk dikongsi kali ni...
gelak puas2 dulu ye...=)


handphone kesayangnku masuk lubang tandas...uwaa.....sedih2 tau...dah bomohkan dengan sanitizer tapi cuak la nak guna...
gara2 phone masuk lubang toilet tu:
*orang jadi phobia nak masuk toilet yang tengah,....
*bila masuk toilet lain asyik pandang lubang toilet aje....macam diri ni nak terjatuh dalam lubang tu aja...
mangkuk tandas betul la....

nak ambil balik phone tu bukan main tawakkal lah...guna plastik tuk lindung tangan...
then seluk tangan masuk dalam lubang toilet tu....
cuak n geli segala macam la.... semua pun ada....
uwa...
phobia nak masuk toilet nak hilangkan mcm mana ni?????
tell me...TELL ME....

nasib baik ada telefon lagi satu...tp tu pun x leh pakai sangat...bateri asyik kong aja...
mencix3

what should i dO?????



~JIWA KACAU, HATI GUSAR~

ASSALAMUALAIKUM.....
[JGN LUPA SELAWAT YE!!!]

ALHAMDULILLAH...
berjaya juga buat tangan ni buat latihan lokomotor...latihan jari- jemari untuk taip2 kat sini...=)

dah lama sangt dah rasanya x update hal2 terbaru dalam hidup ni...
but today, i feel i should start it.

BUDAK2 TESL...
bajet cool la jadi budak2 tesl kan...ingat senang ke? matlamat dan tujuan org (saya la, bunyi manja sikit kan???hahahhaha) masih lagi tak tercapai. inagt orang senang2 ke nak buat keputusan dulu...pikir punya pikir akhirnya setujulah jadik budak Tesl ni. asalnya ambik course English kat UIA, but then (after 1 month), dpt tawaran maktab... so apa lagi...jalan la..terima je..coz dok pikir2 kos tuk belajar mak ayah tak payah tanggung lagi....
alhamdulillah...kehidupan di teruskan...

my mission when i decide to become tesli-ans :

*pernah tak budak skolah arab( dok penat2 blajar bhas arab ) ambik course TESL? xpernah kan? that's why la...bajet nak cabar diri pada mulanya walaupun result x seberapa mana pun,...

*just want to prove that muslim also can be good when they speaking, writing, reading and so on  in English...(but org still lemban tahap menara tertinggi dunia lagi...)

*i like English language but i don't like when i kena paksa buat sesuatu perkara. let i decide what i should
do in my life.(kena paksa belajar English literature segala bagai)


and, when ada something yang berkaitan dengan english(exam ke, apa2 ke) orang rasa down kalau dapat markah rendah ke, orang kata 'your english is bad' la...i'm cuak jugak k. bukan cuak kat somebody tu tapi cuak kat diri sendiri coz still no changes..

hence, i
when orang rasa stress, rasa nak tumbuuk2 aja apa yang ada tetapi akalmasih lagi boleh berfikir denagn waras...

hete my self but still love my soul.....
and i only love myself
angan2 nak jadik model der,,,hehehehe

Monday, September 19, 2011

::Tautan Hati::

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang =)

Selawat DAN salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SWT dan para sahabat, keluarga dan muslimin dan muslimat cross over the world.

TAUTAN HATI? apake benda tu? novel? restaurant ke? or something2 yang people tak tau...

TAUTAN HATI....jeng...jeng..jeng....
SEBUAH NOVEL YG MAMPU BUAT JIWA TERSENTAP DAN MERATAP...MERATAPI KELEMAHAN DAN KEINGINAN MUSLIM UNTUK TERUS BERPEGANG PADA JALAN LURUS YANG DIAMBILNYA...JALAN MENUJU "MARDHOTILLAH"
novel tautan hati

Hati yang sentiasa bertaut dengan cinta Allah
tidak tegar menukar rasa dengan kasih lain
hanya Allah tempat berserah dan berharap...

iya...jalan cerita novel ini banyak memberi aku kekuatan ,menerapkan ruh ketabahan untuk menghadapi liku hidup yang tak pernah lekang dari di timpa ujian yang bertimpa2...
sungguh tabah watak dalam cerita ini menghadapi isu kekeluargaan yang pada kebiasaannya ku kira bisa membuat seseorang itu mengalami masalah jiwa...
akan tetapi kuatnya kekuatan cinta kepada Allah membuatkan dia tabah menghadapinya...
kuatnya tali kepercayaan dan kebergantungan pada Allah tidak buat dia mudah goyah pada kemanisan dunia...

pengakhirannya dia diberi nikmat hidup di dunia dan di akhirat bersama pendamping yang setia cintanya pada Allah dan Rasul lantas membawanya bersama...

cewahh...ayat jiwang habis...PUITISX3....

TAPI BUKU NI EMMANG BESH KALAU BACA...walaupun permulaannya agak bosan tapi rasakan penangan kesudahan yang SOOO SWEEETTT TU...

CUBA kita ambil iktibar dan pengajaran bagaimana watak2 berusah dengan gigih untuk membina
1)individu muslim
2)baitul muslim [actually not in my list  =)] 
3)masyarakat muslim
4)negara Muslim..


so...konclusinya...bacalah ye...membaca jambatan ilmu...



Monday, September 12, 2011

OPICK-RAPUH

DENGAN NAMA aLLAH YANGmAHA pENGASIH LAGI MAHA pENYAYANG

lagu ini benar2 meruntun jiwa sang insani sepertiku....
dikala dini hari menjengah pasti ku menitiskan mutiara indah
tatkala lagu ini diputarkan...

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

ALHAMDULILLAH

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang...

ALHAMDULILLAH...
hanya kalimah itu yang mampu dilafazkan kerana masih lagi selamat...
masih lagi di beri peluang untuk memohon kemaafan...
masih lagi di beri peluang memohon keampunan..
masih lagi di beri peluang merintih meratapi dosa yang di lakukan...
masih lagi di beri peluang untuk bertaubat...memohon ampun...

sekiranya ku lalai, 
maka tiadalah aku masih gagah berdiri, 
mungkin tewrdampar di hospital atau di kafankan...
nun di hadapan pula
di sebelah kiriku ketemu lori yang remuk...
nun di sebelah kanan, kereta yang remuk...
kiranya aku bertuah...

ampunkan aku....

Saturday, September 10, 2011


Bismillahirrahmanirrahim...


“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”
— Imam Hasan al- Basri

Bila di hayati dan di fahami, barulah kita sedar bahawa tanpa nama dan pangkat pun kita perlu saling menasihati antara satu sama lain untuk perkara kebaikan...

alkisahnya manusia yang bergelar muslim dan mukmin ini, amatlah suka melepaskan tanggungjawab untuk saling menasihati...KERANA APA? pada hamatnya golongan seperti ini tidak merasa mereka alim ulama' yang perlu menjalankan gerak kerja islam. ada pula yang berfikir bahawa 'TAKPELAH, ASALKAN AKU FAHAM DAN MENJADI BAIK SUDAH.."KIRANYA KUBUR SENDIRI2 DAN DIHISAB PUN SENDIRI-SENDIRI JUGALAH KELUAR ALASAN BERUPA INI MACAM...

alkisah seterusnya pabila golongan ini menganggap seruan kebaikan ini membazir masa dan tenaga saja.kiranya x da yang nak berubah...
sedarlah teman, perubahan memerlukan masa. mungkin mad'u anda sedang berfikir akan nasihat anda itu, mana mungkin anda kan tahu bukan....

ada pula kisah yang halang orang dari buat kebajikan dan kebaikan...JELEZ LA TU!!!!...apa kata kalau ada fikiran macam tu tukar mindset anda...
cuba anda jadi dai'e pulak...apa rasa?

KISAH AKU

aku juga sedang berusaha membawa diri aku ke arah kebaikan, membawa keluarga, sahabiah yang lain dan juga teman2 menuju kebaikan...
namun, usahaku itu tidaklah menampakkan hasil yg lumayan.akan tetapi aku sedar akan tanggungjawab yang aku galas sebagai muslim dan mukmin sejati...

nak kata aku yang baik?...tak bhai...aku pun ad kelemahan dan kekurangan... nak kiranya macam korang juga,manalah aku layak nak nasihat orang ni...tapi aku kentalkan diri dan kuatkan minda "jangan pandang sapa yang berkata tetapi fahami apa yang di perkatakannya"
tu aja...

oleh itu...ukuran sapa yang layak, sapa yang tak,bukan urusan kita.yang pernting kita dah cuba yang terbaik...
sesungguh nya 
ALLAH TAK PANDANG HASIL USAHA KITA TAPI ALLAH PANDANG USAHA KITA ITU,....
ada faham?????

rasa nya tu je kot...see ya nnt kat next entry...
lov all coz islam....




look at the way Muhammad s.a.w. doing his da'wah 


Tuesday, September 6, 2011

HARI RAYA TANPA CERIA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....
OKEIH...

RAYA...RAYA...RAYA....
sory to say la...this raya is nothing for me...
why?
coz i make mistake by didn't khatam AQ...
2nd coz i didn't force my self to get closer to Allah
the most important is...
when somebody important for me not in my side...
who?
of course my father...
nothing...
our house become silent ...
not happy...
i rasa macam org lumpuh sebenarnya....
really...
i meant it....

hanya Allah sebagai sandaran

:::kerana Iman:::





Assalamualikum....
Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w...para sahabt, keluarga dan muslimin serta muslimat di dunia yang fana ini...
 
Disertakan kali ini lirik lagu SATU AMANAH OLEH KUMPULAN HIJJAZ kerana ingin ku seru sahabat2 dan diriku untuk memahami makna sebenar tugas dan tanggungjawab kita....


                                                             Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman*Yang dikasihi Kita bersama dalam satu ikatan*Bermula episod hidup di dunia ini*Ku harap hanyalah di duniaDirahmati dan diredhai*Selamat sejahtera di Syurgawi*Oh Tuhan satukanlahHati kami dalam mencintai*Redha atas ujian diberiJauhkanlah kami*Dari rakus mengejar duniawi*Hidup mati biarlah untukMu*Harap dunia hanya di tangan*Bukannya di hati ‘tuk dicintai*Kita dicipta sebagai khalifah*Bersama kita hidup untukNya*Kita dicipta di dunia fana*Ada amanah yang tersedia“Oh Tuhan..*Kita laksana bersamaAmanah dariNya demiMemburu cinta dan harapan*”Tuhan itu harus diutama*Dari segala kepentingan dunia*Bergandingan kita untukMemburu cintaNyaOh cintaNya“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati**Memohon kasihMu oh TuhanDalam mengharap redhaDariMu..”“Hanya di duniaKita harapkan, kita dambakanSelamat sejahtera, bahagia..” 


Lafaz bismillah, bingkisan untaian kata semangat perjungan pentarbiyahan diri ku hulurkan sebgai pembuka juadah rohani hari ini buat temanku yang sama0sama berjuangn di bawah lembayung islam...dalam ikatan saudara seislam. ku pohon agar ikatan persaudaraan yang di bina kekal buat selamanya sehingga ke syurga.sepanjang perjalanan hidup selama 21 tahun ini banyak mengajarku erti...erti persahabatan yang terbina atas rabitah(ikatan) hati sesama kita. mulut tidak perlu berkata tapi jiwa dan raga memahami antara satu sama lain. 

semoga Allah menjanjikan hamba syurga idaman semua....semoga hamba menjadi seorang hamba yang terbaik...ku pohon Allah menyatukan hati mujahid islam supaya terus kekal berjuang mencari redhonya. kita dicipta sebagai khalifah ,seharusnya faham peranan kita di muka bumi ini.

oleh kerana itulah...ku sedar banyak silapku...hati tidak keruan...KENAPA? ku tahu kerana banyak sudah dosa yang aku lakukan.ujian untuk mengislahkan diri sukar tanpa teman di sisi. 

teringat kisah semalam di surau apabila kami saling berkongsi kisah kasih kami pada pencipta kami dan juga utusannya (Nabi  Muhammad s.a.w)
kenapa ku menangis semalam?
kerna ku tangisi diri yang tak tau erti bersyukur
kenapa dia menangis?
kerana dia terkesan dengan ayat "sekiranya Rasulullah berada di samping saudari, apa yg ingin  saudari cakapkan pada baginda"
maka jawabya..."bawalah aku pergi dari dunia yang fana ini...."

tangisan terhebat untuk agama tercinta  



Hati-hati dengan kata2 krn besarnya kecelakaan drpd mulut... Kata Ibnu Mubarak: "Peliharalah lidahmu, kerana lidah itu menempah kebinasaan dirimu" Kata Sufyan Al-Tsauri:"Jangan gunakan lidahmu untuk berbicara tentang apa yang boleh mematahkan gigimu.. "Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap."

Saturday, August 20, 2011

~TINTA KASIH BUAT SUAMIKU~

dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
selawat ke atas Rasulullah S.A.W, sahabt serta keluarga baginda,
ksih di curahkan buat saudara seiman dan seislam serta teman non-muslim yang di sayangi...moga ALLAh memberi hidayah pada kalian....


AKHI...
Tinta kasih dari ***** harapnya tidak terlalu mengganggu aktiviti harian akhi.
Apa Khabar iman akhi akhi2 ini? Yazidkah? atau Yankuz...harapannya ia semkain Yazid(bertambah) wala Yankuz(berkurang).

Akhi, tujuan ***** menggerakkan jari jemari ini, memulakan tarian  meliang lentok jari jemari, mengetuk papan kekunci ketboard tidak lain tidak bukan tentang masa hadapan kita, tentang hala tuju hidup kita yang ingin membina keluarga muslim yang di diimpikan kita bersama. Izinkan ***** memohon maaf andai sekiranya nanti ada yang tersa dan ada yang terkasar bahasa ntuk santapan Akhi...

Akhi...
Pernahkah akhi berlaku curang suatu ketika dulu? membina jalinan hubungan yang tiada restu... contonya bercouple ba'da nikah? akhi, buat pengetahuan akhi, tidak pernah *****terniat untuk melakukan sebegitu rupa. dan tidak pernah pun ***** berperilaku begitu. kerna apa? Kerana ***** ingin menjaga nama baik Akhi selaku suami ***** yang sah nanti...
*****sering berjaga2 dalam perhubungan ***** supaya tidak kecundang dengan tuntutan nafsu dan hasutan syaitan. harapannya agar Akhi yang menjadi pendamping ***** nanti menjadi orang pertama dan terakhir yang ***** letakkan dalam hidup *****. harapan juga agar akhi menjadi penghubung kasih ***** dengan ALLAH..
akhi, tak pernah **** penat menunggu kehadiran akhi sebagai pendamping hidup... denagn iringan doa yang ikhlas *****titipkan agar akhi adlah suami terbaik yang ALLAH titipkan untuk *****. oga begitu hendaknya.
tiada apa ynag *****harapkan selain keredhoaan Allah mengiringi perjalanan hidup kita. Moga redho kedua ibu bapa juga menyusul...
Akhi,
***** akan sentiasa setiasa menunggu akhi sampai Allah menyatukan kita.
oleh itu, tolonglah ***** merayu dan memohon.. jagalah akidah akhi, iman akhi, moga dengan itu penantian dan pengorbanan ***** tidak sia-sia...
uhibbuka fillah...

yang setia menantimu ,
xxxxxxx


Friday, August 19, 2011

JOM KITA MAIN KEJAR-KEJAR NAK?

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST MERCIFUL AND THE MOST GRACIOUS.
ALHAMDULILLAH, PRAISE TO ALLAH AND HIS MESSENGER NABI MUHAMMAD S.A.W,
SAHABIAT, HIS FAMILY MEMBERS AND TO ALL MUSLIMIN AND MUSLIMAT...

ALHAMDULILLAH...
WE JUST FINISH SECOND PHASE OF RAMADHAN WHERE WE ASKING FORGIVENESS FROM ALLAH.
NOW WE BEGIN OUR NEW PHASE. THE THIRD AND THE LAST PHASE. ON THIS PHASE, ALL MUSLIM AND MUSLIMAT  EAGER TO INCREASE THEIR 'IBADAH, (INCLUDING ME...HEHHE).
HENCE, LET US TOGETHER DO QIAMULLAIL..
MASJID NEGARA WILL DO QIAM AT 4 A.M 20/8/2011


PRAYER HALL, MASJID NEGARA



MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR

IF THERE OTHER MASJID OR SURAU AROUND US DO THE SAME PROGRAM AS MASJID NEGARA, PLEZ JOIN...THERE NO OTHER MONTH WE CAN FIND SOMETHING LIKE THIS...

Thursday, August 11, 2011

my RAMADHAN

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang...
ASSALAMUALIKUM...selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda. salam buat sahabat seislam dan seiman...salam buat sahabat muslim or non- muslimku....
semoga ALLAH memberkati or may GOD bless all of us....

RAMADHAN berkunjung jua setelah 11 bulan masa berlalu...bersyukur
RAMADHAN, for me is the time for increasing my 'amal.
is the time where i want to get more close to my god, ALLAH...
but, there is the different between the previous2 RAMADHAN and this RAMADHAN...
WHY?
because we are 9 now...not 10 anymore....
there is no one like him who wake us up for sahur,
there is no one like him to be our IMAM when we solat berjemaah...
there is no one like him to recite AQ after subuh prayer...
there is no one like him anymore...

THIS RAMADHAN,
i realy hope that i can be my self just before...
i have to devide my time properly...
put effort to become really good muslim...
good 'abid to  ALLAH...
pray for you ALLAH,
ALWAYS GUIDE ME...
DON'T LET ME FALL...

THIS RAMADHAN,
people eager run to bazar ramadhan
but did't feel like that to get bazar ALLAH...
WHAT IS THAT? HOW?
bazar ALLAH : grab everything which ALLAH promises....
pahala melimpah ruah...
want to get it?
fasting,
recite AQ,
solat sunat...
etc....

don't know what i'm babbling...
credit to I LUV ISLAM



Wednesday, August 10, 2011

...JOM BERKUMPUL BERAMAI2...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
assalamualaikum w.r.t
selawat dan salam buat rasulullah warisatul ambiya'...sahabat baginda, muslimin dan muslimat sekalin...
HAAPPYYYY....DAY....(^_^)

FIND ME KAH?HEHHEHE
JUST NAK SHARE PROGRAM TERDEKAT DAN TERBARU IAITU IFTAR DAN IJTIMA' AIDILFITRI ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI LELAKI, PEREMPUAN KB N PASIR PEKAN...(AMAL)
PAKAT JOIN LA SEK2 KITO BLAKO....JUPO SKALI SKALO JAH...MARI DEH...AJAK SAIN MARI RAMA2...JANGAN LUPO..DAFTAR SKALI DEH....IJTIMA' AIDILFITRI FREE JAH...HOK BUKOK POSO JAH KENA BAYAR  5 INGGIT...5 INGGIT JAH PON....
BARAKALLAH....

IFTHOR JAMAIE...BUKOK POSO PERDANA

IJTIMA' AIDILFITRI
SAPA2 HOK TAK MASUK LG DALE GROUP PAGE A.M.A.L MAAHAD, BULEHLAH JOIN...MAKLUMAT TERBARU ADO SITU NNTI....
SYUKRAN...SMILE ALWAYS COZ SMILE IS SEDEKOH....

Monday, August 8, 2011

apa rasa bila diDISKRIMINASI?

ASSALAMUALIKUM....
selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, para sahabt baginda, keluarga serta muslimin dan muslimat yang saya kasihi...

alhamdulillah setelah lama terhenti jari jemari ini berhenti merayap dan mengatur langkah tari menari yang sedikit somgsang.

DISKRIMINASI....x pasti mahu dikatakan sebagai didiskriminasikan atau hanay hati dan perasaan ku sahaja...
kisah di sebuah jabatan...nak berjumpa seorang lecturer ni, on da way nak masuk pintu,nampaklah 1 lecturer ni dok borak2 dengan office boy kat jabatan tu....aku bagilah salam yang mungkin perlahan kot sampai dia tak dengar. bila cakap2 sikit dengan office boy tiba2 lec tu menyampuk bagi salam kat aku...TERCENGANG!!!AIk, x dengar ke i dah bagi salam....HELLUUUU!!!dengan muka serius dan muka macam jelek je denganku...dia kata, nak jd cikgu macam mana ni salam pun x bagi..i HOT KEY...WHY?coz masa tu i pakai tudung labuh...tp bgnya i x bagi salam kot...mcm x sesuai la tu...I DENGAN banyak2 HOT pun jawap...CIK...SAYA DAH BAGI SALAM TADI...X DENGAR KE?...terus dia senyap...



eeeewwwww...menci3x...ingat i ni sopan sangat ke nak senyap je...dia dok borak sampai x sedar org bagi salam apehal????jawap sikit...kasi tau sama ada salah saya je ke?nak tegur2 pun agakla encik....

tu je kot...sekadar nak mengumpat kosong je....

salam sayang dari saudari timur....


apa rasa bila diDISKRIMINASI?

ASSALAMUALIKUM....
selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, para sahabt baginda, keluarga serta muslimin dan muslimat yang saya kasihi...

alhamdulillah setelah lama terhenti jari jemari ini berhenti merayap dan mengatur langkah tari menari yang sedikit somgsang.

DISKRIMINASI....x pasti mahu dikatakan sebagai didiskriminasikan atau hanay hati dan perasaan ku sahaja...
kisah di sebuah jabatan...nak berjumpa seorang lecturer ni, on da way nak masuk pintu,nampaklah 1 lecturer ni dok borak2 dengan office boy kat jabatan tu....aku bagilah salam yang mungkin perlahan kot sampai dia tak dengar. bila cakap2 sikit dengan office boy tiba2 lec tu menyampuk bagi salam kat aku...TERCENGANG!!!AIk, x dengar ke i dah bagi salam....HELLUUUU!!!dengan muka serius dan muka macam jelek je denganku...dia kata, nak jd cikgu macam mana ni salam pun x bagi..i HOT KEY...WHY?coz masa tu i pakai tudung labuh...tp bgnya i x bagi salam kot...mcm x sesuai la tu...I DENGAN banyak2 HOT pun jawap...CIK...SAYA DAH BAGI SALAM TADI...X DENGAR KE?...terus dia senyap...



eeeewwwww...menci3x...ingat i ni sopan sangat ke nak senyap je...dia dok borak sampai x sedar org bagi salam apehal????jawap sikit...kasi tau sama ada salah saya je ke?nak tegur2 pun agakla encik....

tu je kot...sekadar nak mengumpat kosong je....

salam sayang dari saudari timur....


Sunday, July 24, 2011

CERITA LAMA....

ASSALAMUALIKUM....

Malam sudah merangkak pergi, disusuli embun pagi hari yang mula menjengah. Tika ini, ku tatap gambar kami lagi.... renungan yang jauh membuatkanku merangkak sekali mengingati cerita dan memori kami bersama...

Terimbau kisah seorang sahabat yg kehilangan abangnya walhal mereka pulang untuk menziarahi atuk mereka yang sakit tenat...tak dapat kita duga dan jangka bila malaikat maut ingin mencabut nyawa kita. Kita hanya mampu merencana hidup kita, tetapi ingatlah..kuasa pelaksanaannya hanya pada Allah. Allahuakbar!!!

Sayat hati ini bila tiba2 teringatkan arwah abah. A.B.A.H. or stand for abah@Abu Bakar Abdul Hamid...Kematian yang kami tak duga....

Detik 13 April 2011,
jam 1 tengahari ku meneerima panggilan dari adikku yang turut sama menaiki kenderaan yang di naiki oleh abah dan umi, mau khabarkan mereka mengalami kemalangan kecil pada mulanya.. ketika itu ku masih lagi berada dalam sesi kuliah Literature....dan akan bersambung dengan kelas gerko...tetapi panggilan kedua memang merenggut tangkai jangtungku...
Bihah...
abah dah tak de...
sakit jangtung n accident....

Mujur ku mengangkat panggilan di dalam kelas kosong berhadapan kelasku... x ada org kat situ...terus ku menangis teresak2.... 

ku kira mungkin petanda dariNya kerana seminggu sebelum tibanya detik itu, ku merasa tidak tenang, ku rasa ingin nagis je...rupa2nya memang aku menangis...

setelah ku terima panggilan itu, ku segera ke english department, told my lec then balik rumah kakak coz kami akan bertolak dengan segera.
sepanjang perjalanan ke rumah kakak dekat gombak, ku menagis dalam LRT...x kisahlah apa org nak fikir...tyak sanggup ku mengangkat mukaku pun...

sepanjang menunggu masa pulang, banyak sms dan panggilan dari sahabat ku terima, mungkin dari situ ku kutip kekuatan yang ada....alhamdulillah kerana ku dikurniakan sahabat yang sedemikian....

setelah tiba di kampung, kami adik-beradik bergilir-gilir mengalunkan kalamullah.ku tak berhenti, bila sampai ku terus duduk di sisi arwah abah, teruskan bacaan sehinggalah org khabarkan perlu bersipa tuk proses pengkebumian...ALHAMDULILLAH sekali lagi dan berkali2 kerana di beri kesempatan tuk menatap wajah abah...

mula dari sampai hingga habi s cuti..ku x boleh tinggal diam...mana boleh, nnt aku akan teringatkan abah ...
kenduri arwah tetap di jalankna sellama 3 hari, memenuhi permintaan umi yang tidak mahu rumah menjadi sunyi..kami turutkan jua, semoga umi x sentiasa tabah hendaknya....

aku rela melakukan semua kerja dari menyediakn bahan2 tuk memasak dan mencuci pinggan mangkuk serta periuk belanga kerana aku tak sanggup duduk diam dan meratapi pemergian abah. sesungguhnya, rumah kami tersimpan kenangan kami bersama...

Maaf lah teman2...seselamba dan semesra mana pun aku setelah tiba di IPIK hanyalah penipuan semata2...aku sedih...hanya rumah Allah, sujud padanya ku dapat menyembuhkan penyakit hati ini...
setiap patah kalamullah yang keluar di susuli air mata...dek kerana tidak mampu meneruskan bacaan, hanya tafsiran al-quran je mampu ku baca...

selain itu,ku kerap meminjam motor seniorku, merempit motor mampu tenangkan ku juga...ku bawa laju2 motor tu dan ku rasa kesedihan dan masalah itu teerbang bersama angin lalu...
i like racing...

to be continue ....
seandainya Allah ciptakan hari sentiasa siang tiadalh malam tuk bemunajat padanya