BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Saturday, June 18, 2011

AYAH @ BAPA @ ABAH @ ABI @ ABUYA @ FATHER @ WALID & SO ON..

Ae-man (AYAH)


ketika kejauhan 
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Kasih seorang bapa tidak terhitung nilainya. Jasa dan pengorbanan individu yg bergelar bapa tidak pernah surut dalam memikul amanah dan anugerah yang di kurniakan Allah iaitu ZURIAT keturunan dan pewaris generasi mereka. Sudah tentu setiap bapa menginginkan zuriat mereka yang soleh dan solehah supaya kelak mereka akan menjadi insan yang berguna pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Mungkin anak-anak sekarang memikirkan apakah cara yang terbaik untuk menjadi anak kebanggaan ibu bapa mereka. 

Jadilah anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka di dunia dan di akhirat.

Ibu bapa mahukan kasih sayang dan perhatian anak2 bukan hanya wang ringgit semata-mata. 

Berbalik kpd hari bapa. Aku bersyukur di kurniakan seorang ayah yang menjadikan diriku seperti ini sekarang. Selain ilmu agama, ilmu dunia juga menjadi syarat kebahagiannya. namu, belum sempat aku berjaya, dia meninggalkan aku dengan haraoan yang menggunung supaya aku menjadi insan yang mulia...GURU...

PENGAJIAN YANG BERBAKI 3 TAHUN lagi akan ku berhempas pulas (INsyaAllah), mengggunakan tenaga sekerat ku untuk mendapatkan kejayaan yang di impikan. 
kasih sayang abah buatku akan ku jadikan peneman di kala aku lumpuh dan rebah, semoga ku akan terus bangkit dan move forward.

selamat hari bapa walaupun kau sudah pergi meninggalkan ku. kasih sayangmu ku kenang selalu. Hanya doa dariku buat pbekalan perjalanan mu di sana. titipkan kasih mu melalui kasih Ilahi....
                                    MOM & DAD




SELAMAT HARI BAPA, YOU ARE THE FATHER AMONG THE WORLD. THERE IS NO ONE ELSE TO BE COMPARE WITH YOU...

Monday, May 16, 2011

...DETIK ITU...

SEBUAH CERPEN ....
PART 1

Gadis itu masih lagi berteleku di atas sejadah usang hadiah pemberian abahnya. Begitu khusyuk dia berdoa seraya usai solat. Di mulai dengan zikir munajat, meninsafi fitrah diri sebagai hamba yang hina lagi kerdil. Bibirnya terkumat kamit mengalunkan 33 kali lafaz suci tahmid (alhamdulillah) di atas kurniaan nikmat yang tak terhitung atas ruang waktu yang di berikan untuk mengabdikan diri pada yang esa. Lafaz astaghfirullahalazim pula menyusul kerana menginsafi kelemahan diri seorang hamba yang banyak berbuat dosa pada penciptaNya iaitu ALLAH. Tidak dilupakan lafaz suci Allahuakbar (Allah Maha Besar) sayup-sayup kedengaran di bibir gadis itu. Doa semoga abahnya bersemadi dengan aman dan dijanjikan syurga yang abadi tidak di lupakan untuk abah. Nur Dhuha binti Abdul Aziz masih lagi belum usai solatnya dari tadi. Mungkin menangisi kejadian 40 hari yang lalu yang semakin hari semakin menjengah kotak mindanya. Kematian abahnya diredhai tetapi luka kehilangan abah tercinta belum sembuh sepenuhnya.  Dia masih lagi mengenang kisah-kisah suka dan duka yang di harungi keuarganya bersama abah tercinta. Susah ditanggung bersama, senang juga di tanggung bersama.

Begitu dia mengingati pengorbanan abahnya ketika keluarga mereka dilanda hidup yang perit. Duit makan hanya bergantung pada kematian yang berlaku di kampungnya. saat hidup mereka susah, begitu banyak kematian yang berlaku di kampunnya.Sehinggakan Rm 10 yang mereka terima bagaikan seribu ringgit untuk keluarganya. Maaf dipohon dari keluarga si mati... mungkin itu adalah rezeki untuk keluarga Dhuha. Dhuha menghentikan ibadahnya setelah usai berdoa.

Segera Dhuha mengambil Al-Quran di atas almari untuk sedekahkan Al-Fatihah dan surah Al-Kahfi untuk Abahnya setiap kali usai solat. Surah Al-Fatihah dan Al-Kahfi insayAllah dapat dijadikan Doa semoga Abah tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat syafaat dari Allah. Selain itu, Surah Al-Kahfi diharap dapat menjadi pelindung dirinya dari fitnah dajjal. Orang kata doa anak yang soleh dapat didengar ibu bapa yang telah meninggal dunia, tapi orang tu kata anak lelaki je, abah ada ramai anak perempuan.sampai ke doa kami?pernah terdetik soalan tu dalam fikiran Dhuha. Dhuha tidak hiraukan semua tu, yang penting Dhuha sedaya upaya berusaha menjadi anak yang solehah pada dua ibu bapanya. Selagi termampu, dia akan mendoakan kesejahteraan umi dan abahnya.

Usai membaca Al-Quran Dhuha meneruskan pembacaanya kerana peperiksaan akhir semesta akan bermula seminggu lagi. Awal-awal lagi Dhuha mohon kemaafan dari ibunya kerana dia tidak pasti adakah dia mampu melakukan yang terbaik kali ini. Dia tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap pelajarannya kerana memori bersama Abahnya sering menjengah. Kadan-kadang dia sedih kerana dia belum sempat memohon maaf dan di minta halalkan makan minum dari abahnya. Kematian abah yang mengejut dan tak disangka semua termasuk umi dan adiknya yang berada di sisi abah ketika itu mengundang keinsafa pada dirinya. KEMATIAN TIDAK DAPAT DIA JANGKA, JIKA ALLAH MENGARAHKAN MALAIKAT MAUT MENCABUT NYAWA SESEORANG ITU, SEKELIP MATA SAHAJA SEMUA ITU BERLAKU. "KUN FAYAKUN", MAKNANYA JADILAH MAKA TERJADILAH. sekali Allah menyebut ayat itu, semua akan patuh pada perintahnya. Maka, sayangilah, hargailah kedua ibu bapa anda sebelum semua terlambat. Curahkan sepenuh kasih sayang kepada keduanya sebelum mereka meninggalkan kita dan kita mula merasai penyesalan yang amat sangat.

to be continue.... 

Wednesday, May 11, 2011

~second side of me~

Dengan lafaz Bismillah ku memeulakan bicara
Alhamdulillah, ku bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk berfikir dan mengucapkan syukur ke hadrat ilahi atas limpahan nikmat iman dan islam...
Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, ahli keluarga dan my brotherhood of Islam who are muslim and mukmin....

                                                              Second side of ME.

                     I wonder what i want to share in this post
                  

Everybody can judge us based on our physical appearances. ...LIKE ME & LIKE U...
I'm the one who follow the rules of muslimah clothing...however, i still can do everything i like to do and want to do. In the easy way to say, i can do everything others who did not wear perfectly as muslimah can do. (understand ke?what so ever lah, as long as i try to write in english)

I LOVE SPORTS,
I LOVE ADVENTUROUS ACTIVITIES LIKE HIKING,
I LOVE ARTS,
I LOVE READING,
I LOVE SINGING,
I LOVE DANCING,
I LOVE EVERYTHING....
BUT...
I know what should i hide it from people's and what should i show to them.For example:
READING
IT IS GOOD WE SHOW GOOD HABIT OF READING AMONG PEOPLES IN MALAYSIA

DANCING, SINGING: IT JUST 4 ME TO RELEASE MY STRESS...JUST ME KNOW HOW I DANCE AND HOW I SINGING. I LIKE MAN'S K-POP GROUP...HEHEHE 

THE SECOND SIDE OF ME,
suka hamba bermadah pujangga, berfalsampah dan sebagainya....sebagai muslim, we must know everything, not just ilmu dunia je tp ilmu akhirat juga becoz live in this world which is lots of changes from day to day make us easily get lost in our own way.
thats why just for Allah we pray and for Him we believe...
then, jaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia....

PEACE WITHOUT WAR (^_^)




Saturday, May 7, 2011

:::I LOVE U FOR THE REST OF MY LIFE:::

assalamualaikum....alhamdulillah, praises to Allah and His messenger, Muhammad S.A.W., his family, friends and all muslimin and muslimat...

Beginning the day with praises to Allah because of what He give to us, from the small thing till then big one. what is the BIGGEST thing Allah gave to us? of course OUR BELOVED PARENTS, MOTHER AND FATHER. without them, we are nobody or maybe we are not exist in this world. Hence, appreciate what Allah gave to us, give lots of love to our parents since they are still in this world. make sure we didn't regret in one day if we cannot be good daughter or son to our parents before they leave us alone. LEAVE US FOR THE WHOLE LIFE. DON'T REGRET UH?  i love both of my parents, every day, every time, every tik tok (saat), and for the rest of my life....

                                                  dad and mom during previous eid fitri... 



Wednesday, May 4, 2011

DETIK 13 APRIL

ASSALAMUALAIKUM...
Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad Rasulullah S.a.w.
buat sahabat baginda, keluarga dan seluruh muslim sekalian...

agak2 apa sy nak share pasal DETIK 13 APRIL NI YE?

Agak kaku sebentar untuk meneruskan kisah kali ini...
Sebelum terus kepada kisah pada tarikh tersebut, ingin ku panjangkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan segala kurniaaNya dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya. Bersyukur juga di kurniakan hati yang tabah mengahdapi segala ujian dan musibah yang menimpa. bersyukur di atas kesabaran yang Allah kurniakan.

WAH, dah mula rasa air hujan kepanasan di pipi nih...hhmmm...
okeh, continue to my story.

13 APRIL 2011
detik 1 tengahari saaat baginya terhenti, deru nafas tidak lagi kedengaran, di temani umi dan adik di sisi, dia menghembuskan nafas yang terakhir. ..terkena serangan jantung apabila memandu, Alhamdulillah, Allah cabut 1 nyawa dulu, bukan 3 skali gus....

A.B.A.H
panggilan hormat buat seorang ayah, yang banyak mencurahkan bakti pada kami seramai 9 orang termasuk umi. kenangan bersama abah waktu cuti bulan 3 ari tu adalah kenagn terakhirku. sempat juga kami jalan-jalan ke bukit keluang di Terengganu. sempat juga ku memghabiskan masa dengan abah di pantai irama sebanyak 2 kali sebelum kematiannya.

A.B.A.H
rindu juga kadan2 bila memory bersamanya menjengah. walaupun dah 22 hari abah meninggalkan kami, aku masih lagi merasai kehilangnnya. kuburnya masih merah..................

diri macam tak ada perasaan dah sekrang, gembira tapi x gembira, suka  x delah suka. tangkai hati ni rasa sayat je....
NO FEELING...KOSONG...

Memang aku pasrah dengan apa yg berlaku, redho....
tapi sedih tu banyak...nak nagis, nak alirkan semua kesedihan, tapi TAK BOLEH...
ahhh....

sSAYANG ABAH...


Saturday, April 2, 2011

MATA RANTAIAN PERJUANGAN RASULULLAH SAW

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW SERTA AHLILBAITNYA, PARA SAHABIAT, ALIM ULAMA', SELURUH UMAT ISLAM YANG MUKMIN DAN MUKMINAT SEKALIAN....

Tujuan tangan ini menaip tiap tinta madah malam ini tidak lain dan tidak bukan untuk berkongsi pendapat saya yang dangkal ilmu ini. Berbalik kepada post saya kali ini, MATA RANTAIAN PERJUANGAN RASULULLAH SAW merujuk kepada kita lah...kitalah PIMPINAN yang akan memimpin diri kita dan orang lain ke arah kebaikan dan mengejar MARDHOTILLAH.. PEMIMPIN di muka bumi Allah ini adalah pemimpin yang menjadi mata rantaian perjuangan Rasulullah. mereka juga di kenali sebagai KHALIFAH di bumi Allah...
Bertepatan dengan dalil:
"SETIAP DARIPADA KAMU ADALAH KETUA, DAN SETIAP DARIPADA KAMU ADALAH KETUA KPD DIRIMU SENDIRI..."

Oleh itu, setiap saff PIMPINAN perlulah mempunyai sifat2 dan sikap2 yang tak akan mendangkalkan dan menjelikkan. ini kerana kebanyakan PIMPINAN dilihat mengucapkan sesuatu yang tidak mereka laksanakan. WAH, BEGITU HEBAT UKHTI/AKHI BERKATA2."KITA JANGANLAH BERCOUPLE, IANYA MENDEKATI ZINA". NAH LIHATLAH KITA PULA, SUCIKAH KITA DARI PERKARA TERSEBUT? ADAKAH KITA TIDAK BERCOUPLE SEWAKTU UCAPAN ITU DI BUAT? Mungkin kita fikir orang lain x tahu gerak geri kita, tetapi Allah MAHA MELIHAT  la brother!!! banyak betul larangan2 yang kita berikan kepada sahabat2 kita yang lain tetapi adakah kita menghindarkan larangan tersebut...sesungguhnya ALLAH TIDAK MENYUKAI orang yang berkata sesuatu tang mereka tidak kerjakan seperti yang terkandung dalam surah As-Saff: 2-3.

Seorang PIMPINAN juga perlulah melaksanakan gerak kerja bersama2 ahli yang lain. Hidup secara berjemaah lebih baik daripada kita sendirian. Perhubungan dalam ahli gerakan itu perlulah erat seperti isi denagn kuku atau erat seperti kita adalah seibu dan sebapa. maka, dengn ada hubungan yang erat kita akan mudah meluahkan kisah duka dan suka yang kita alami. Sungguh ku terkilan dengan sahabat ini yang tidak menganggap kami adalah sebahagian daripadanya. Begitu tidak matang pemikiran dan hatinya kerana menjauhkan diri dari kami kerana ada perselisihan dengan SEORANG INDIVIDU SAHAJA. Apakah nilai UKHWAH yang sering diungkapkannya? mana janjinya pada ISLAM untuk setia berjuang bersama? Maaf sahabatku, ku kecewa denganmu. Kau begitu banyak memberi nasihat pada individu lain, tapi kau sendirI yang tidak melaksanakan. Mana sifat PIMPINAN RASULULLAH, AL-FATEH, SALMAN AL-FARISI?
Ku kira kau belum cukup matang untuk mengawal nafsu amarahmu dan fikiranmu.

PIMPINAN perlulah bersifat terbuka, mesra dengan semua dan memahami individu2 yang berada di sekeliling, barulah kau akan mengetahui apa yang perlu laksanak untuk agama Allah.(bukan main redah jer). that's why la kena berda dalam satu kelompok untuk berbincang dan merancang.

SAHABATKU,
CUBA KAU INGAT DAN KENAG KEMBALI MEMORI KITA BERSAMA,
PERJALANAN YANG KITA HARUNGI,
MASAM MANIS MEMORI KITA DI KOTA RAYA INI,
UNTUK MELAKSANAKAN AGAMA ALLAH,
TIDAKKAH KAU RASA KASIH PADA PERSATUAN KITA?

SAHABTKU,
BERSAMALAH KITA FAHAMI
GERAK KERJA DAN GAYA PIMPINAN RASULULAH,
KETAHUI, FAHAMI DAN AMALKANNYA.

SAHABATKU,
KU DAHAGAKAN ILMUMU YANG MENGGUNUNG,
KU DAHAGAKAN NASIHATMU
TETAPI KU
MAHU KAU LAKSANAKAN DULU APA YANG KAU UCAPKAN

SAHABATKU,
KU SAYANG DAN KASIHKAN MU.
MAKA KEMBALILAH KITA
KE JALAN ALLAH...
                                                          REHLAH 2010

                                                           KMK-2010
                                                                     KPN-2011
                                             KUASA ALLAH MENGATASI SEGALANYA

SALAM KASIH DAN SAYANG
DARIKU....


KU kira shanya itu yang mampu ku luahkan. Pilu dan Ngilu hati ini usah kau hiraukan...
=====^^^^^_____^^^^^^=====

Saturday, March 26, 2011

memori seMangKuk sePiring



...SEKARANG STUDY KAT IPIK...

Assalamualaikum wrt....
seperti biasa, selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw, keluarga , sahabt , alim ulama dan seluruh umat islam yang mukmin di dunia ini....(^_^)

just wanna share my memories which sometime come back in my life..
walaupun just 1 month saya menjadi warganegara UIA NILAI CAMPUS, i had lots of sweet and sour memori kat sana...
bermulanya pendaftaran pada MEI 2009 di UIA CAMPUS PJ, saya menjalani 1 minggu orientasi yang saya rasakan ianya merupakan pengalaman baru bagi saya... terasing dari keluarga bukanlah satu masalah bagi saya, ianya cabaran yang tak berapa mencabar orang kata..
mula daftar, dapat marhalah Khadijah, tingkat 4, fuh mencabar betull...coz masa mingggu orientasi dah tentu lif ni penuh, kenalah saya mendaki dan menuruni tangga....
masa kat marhalah khadijah, saya di tempatkan bersama 3 lagi sahabat yang lain, semuanya budk luar, anak orang berada plak tu, pandail lagi...hhmmm,,.rasa rendah diri lah juga....
oleh sebab tu, saya banyak melepak kat marhalah Zainab...ramai geng sesekolah dan sekepala dngn saya kat sana, saya plak yang tercampak kat Marhalah Khadijah..makanan kat marhalah Zainab dahla bnyk pilihan, harga plak murah...(org kelantan Taukenye, senegeri la kami, kasi bodek2 sikit ah...hehehhe)
then, move to bilik saya, bilik saya ni plak mengadap padang, nampak la orang main petang2...(dok usha bebudak muslimin la tu...hehehe, boleh tahan gatal gak).padang tu jugaklah kami menyaksikan malam kebudayaan pada hari last orientasi...kumpulan nyanyian dari mana ntah...cukup sweet 70 betul....mulalah kami kat padang buat hal sndiri...saya plak rembat phone kawan coz phone dia ada radio..dok dengar lagu n celoteh kat radio la kerjak malam tu...

then, sy n the geng yang ambik BEN, ECONS, BAR, IRK N  so on pon di pindahkan ke campus nilai....
sampai2 tu terus beratur tuk ambik kunci, ingbat dapat la duduk ngan geng, tp terpisah jua...
dapatlah saya DORM D-1-1-1 bersama 20 pelajar yang lain...
nasib baik ada la kawanku (CIk BUNGA) n (cik S) ni sedorm denganaku..adlah peneman di kala kesunyian...
aku yang lebih kurang agak awal la msuk dorm ni pilih katil yang dekat tingkap...senang nak ambik udara la katakan...sambil2 tu boleh gak aku mengendap cafe2 yang mengadap dormku...(berbahagialah aku...)

~~tu lah dorm aku n the geng,kerusi2 tu plak kami lepak makan...~~

kat sini ku kenali sahbat yang nun jauh dari sabah, da yang berbangsa corcourse katanya(ntah la, yg dia bg tau, dia mix omputih,tp mmg nmpaklah ke'mix'kannya tu), ada yang sabah philipine, ada yang minat david archuleta, ada yang minat ngan stacy, ada yg dari kedah, ada macam2 lagilah...(bnyk sangat nak bg tau).jadilah sedorm denganku sekepala denagnku jua...

kami bnyk menghabiskan masa bersama,g makan , g joging, g berbelanja kat nilai baru n giant, naik teksi 'uncle murali',  n macam3 lagi...bial kuingat kenangan tu, rasa sebak menerpa...sebulan tu jugak aku tak balikumah walaupun padaulan tersebut kak ku yang 1st kawin..aku sorang je takde..agak sedih r...
aku nak balik boleh je tapi masa tu jadual kelas tuk aku x keluar lagi....bila dapat jadual bukan main terkejut aku, 3 jam je sehari kelas...kwn2 ku yang lain semua dari pagi sampai petang...
tapi suka juga la coz aku boleh jalankan hobiku, HABISKAN MASA KAT LIBRARY...
kat lib ni ada kisah boleh tahan menari gak bagiku..dapat berbual dengan mamat korea ni...fuh...bangga kot..duduk sebelah aku masa ak tngh syok2 main computer, dia plak nak guan com...kat sebelah aku tu plak ada com tp mcm ada problem sikit...dia nak guna yg kat sebelah aku, aku cakap ah rosak, then dia dengan pantas dan segeranya check satu2 wayar yang bersambung denagn com, rupanya ada satu wayar  x bersambung...then kami teruskan dengan kerja masing2...(walopon dia xterniat nak cakapngan aku, tapi den banggo jang, dia dok sebelah den...hehhehe)

ada tu palk kekawan aku ni suka lah dok usha sorang mamat kat mini mart ni..student UIA gak, orang china kot...SAM namanya...nak ceriat kat sini, ramai BANGSA ASING YANG STUDY KAT UIA NI, SEMUANYA MUSLIM. biah kat uia ni alin dari tmpt lain, ada la juga rasa sesal bertandang coz kluar dari uia datang ke IPG ni...tp nak buat camne...dah takdir..
kita sebagai manusia biasa x lepas dari rencana Allah yang maha Agung walaupun kita telah merencana sesuatu dengan hebat dan sebaik mungkin...

kat IPIK ni lain plak situasinya...yg ni x nak citer lagi lah...pnjg plak nanti kisah dekat post  ni..,
kisah yang ku tulis bukan nak suruh orang baca tapi as a training 4 me to show my feeling and thought yg slama agak sukar dan susah untuk terluah...
sapa yang nak baca, sila, kalau x nak... x payah...


                                                         
                                                              :::ni kira bangunan kelas la:::



ni plak masjid nilai, kat sini la anak2 kelantan(perdana) berkumpul
kat sini juga saya ikuti program anjuran group kaunselinng uia




                                                                INILAH LOGO UIA


sekian wassalam ala kulli hal...