BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Thursday, November 1, 2012

Rumput itu Hijau

BISMILLAH...
awan biru mendamaikan, rumput hijau menenangkan, gabungan keduanya=mententeramkan

ALHAMDULILLAH, Alangkah gembira dan tenangnya rasa hati ini dapat menghidup  udara segar hasil  kerja keras si hijau yang membekalkan kita dengan udara. Memberi kita ruang dan peluang untuk hidup dengan sihat sejahtera.

Si hijau itu berusaha dengan gigih agar kita sihat dan dapat melafazkan kesyukuran kita dengan membalas budi sang PENCIPTA dengan beribadah dan berserah diri kepadanya.

Si hijau itu tidak kekal hijau selamanay, sampai masa akan kuninglah ia dan tamat sudah riwatnya. Kita? samalah....

Hidup tak akan kekal kerana kita akan melalui proses kehidupan kat dunia dan juga kehidupan di akhirat. Takkan kekal kita di sini kerana akhirat lah yang kekal abadi.

Si hijau itu melalui proses hidup dan matinya tetapi dalam hayatnya, tak pernah dia lupa untuk berbakti pada makhluk Allah yang lain. Tapi kita?

Terlalu memikirkan kepentingan diri kadangkala kita lupa ada  yang mengalami kesukaran. Terlalu memikirkan kesempurnaan hidup kita sendiri kadang buat kita lupa kita tidak akan sempurna. Apa yang dapat kita kejar pada kesempurnaan pada mata kasar manusia tetapi kita lupa mengjadi hamba ALLAH yang sempurna??? Berusahalah mengejar kesempurnaan di mata Allah. Means biarlah kita menjadi hamba kepada AL-KHALIQ yang satu, bukan memperhambakan diri pada dunia.

Berbalik kepada si hijau. Aku sayang dan amat berterima kasih pada si hijau, oleh sebab itu, ak berusaha menjaga bumi ini kekal hijau. Jaga kebersihan dan elakkan pembaziran....reuse, recycle dan segala mamcam R lah... (^_^)

Si hijau ini juga mengingatkan ak kenangan aku bersama keluargaku, kenangan kami bersama membanting tulang membantu arwah abah mencari rezeki. Keluarga kami tidaklah sehebat keluarga kalian. berbekalkan Kecekalan dan ketabahan arwah abah, kami mampu menanggung hidup kami. Keluarga si hijau yang kami tanam dan kami tuai adalah dari golongan sayuran...hehehe, kami tanam sayur dan kami jual. Alhamdulillah, hasil cukup untuk kami hidup dan belajar.

hendak dikisahkan kisah aku bersama golongan si hijau... sejak kecil, mungkin sejak aku berumur 7 tahun, abah mulai membajak tanah, untuk bertani katanya, tapi umi membangkang, katanya penat, buat apa buat benda mcm tu, kami ketika itu masih lagi berduit...

Tapi aku sedar, berkat tekad abah, bertani jualah menjadi sumber pendapatan kami. Aku turut membantu abah dari umur 7 tahun lagi sehinggakan tangan dan kakiku menajdi kekasaran. Pernah ada junior kampusku cakap, "kita pempuan kena jaga diri kita, tangan akak kasar, x pakai losyen ke? " Aku? Ak senyum sahaja, apa yang dapat aku balas? Hidup bukan ditentukan kecantikan dik....akak tahu akak tak secantik dan sehebat orang lain, tapi ada satu je akak dapat buat iaitu akak berusaha untuk nampak cantik pada pandangan Allah. tu tujuan hidup akak...

berbalik kepada si hijau, setelah arwah abah bersara, hidup kami menjadi susut, kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. melalui penjualan sayur-sayuran tulah kami tanggung hidup kami. maybe masa tu aku form 3. memang dari umur 7 tahun sampai aku dapat tawaran bellajrlah aku tolong abah. bukan apa, kesian, apa yang abah buat adalah unutk kami jua.....,,

aku masih ingat, pernah juga aku megulangkaji pelajaran di tempat kami bercucuk tanam. ada ujian hafalan al-quran. memang kat situlah ak baca dan alhamdulillah, no problem, ak dapat menghafal surah tersebut dengan baik. ianya satu terapi juga untuk tanaman yang kami tanam...(^_^)

aku cukup bersyukur allah bagi aku, kaimi jalin hibungan yang erat dengan si hijau sehingga si hijau banayak membantu hidup kamiii....

Tapi....

Satu ketika arwah abah jatuh pengsan secara tiba2 ketika minum air, kami sekeluarga bimbang sangat...alhamdulillah, abah kembali sedar, tapi memang aku cuak dan takut waktu tu if something bad happen.

Abah cuba2 g klinik nak buat medical check up...
Bad news...
Abah ada sakit jantung. jantung abah rosak teruk. ketika kami dapt tahu khabar tersebut, hanya 40% sahaja bahagian jantung abah yang elok. mulai saat itu, abah hidup berbekalkan ubat2 dari hospital. walau bagaimanapun, abah still nak ke kebun. nak tanam sayur, nak cari duit bagi kami makan. malam2 pula, apa jadi pengkuliah di surau2 sekitar kawasan kampung. Dapat juga menampung hidup kami. 2esian kat abah, terpaksa buat banyak kerja. Punca jantung abah rosak? Racun serangga yang digunakan untuk elak sayur2 dimakan dan dirosakkan serangga perosak. untuk siapa abah buat semua tu? untuk kami.....


Maaf si hijau, kami menkhianati kejadian semual jadimu...kamu diganggu dengan racun semburan kami, maaf si bumi kerana mengotorimu dengan racun yang merosakkan kesuburanmu...

lama kelamaan si hijau kami tingglkan, tak ada sesiapa lagi boleh bantu abah kat kebun. kami semua melanjutkan pelajaran ke tempat2 yang jauh....

bila terhidu kesegaran si hijau, ak teringat kisah kelurga kami. aku rindu suasana kami ketika itu.berusaha bersama saat jatuh dan bangun...

sehingga kini, kami masih lagi mengalami saat2 kesukaran dalam hidup. ..Insyaallah, moga rezeki ALlah ada di mana2...

aku...
rindu si hijau, aku rindu abah :(
ku menanti pelangi itu muncul, ku takkan pernah berhenti berharap...


No comments: