BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Thursday, November 1, 2012

Rumput itu Hijau

BISMILLAH...
awan biru mendamaikan, rumput hijau menenangkan, gabungan keduanya=mententeramkan

ALHAMDULILLAH, Alangkah gembira dan tenangnya rasa hati ini dapat menghidup  udara segar hasil  kerja keras si hijau yang membekalkan kita dengan udara. Memberi kita ruang dan peluang untuk hidup dengan sihat sejahtera.

Si hijau itu berusaha dengan gigih agar kita sihat dan dapat melafazkan kesyukuran kita dengan membalas budi sang PENCIPTA dengan beribadah dan berserah diri kepadanya.

Si hijau itu tidak kekal hijau selamanay, sampai masa akan kuninglah ia dan tamat sudah riwatnya. Kita? samalah....

Hidup tak akan kekal kerana kita akan melalui proses kehidupan kat dunia dan juga kehidupan di akhirat. Takkan kekal kita di sini kerana akhirat lah yang kekal abadi.

Si hijau itu melalui proses hidup dan matinya tetapi dalam hayatnya, tak pernah dia lupa untuk berbakti pada makhluk Allah yang lain. Tapi kita?

Terlalu memikirkan kepentingan diri kadangkala kita lupa ada  yang mengalami kesukaran. Terlalu memikirkan kesempurnaan hidup kita sendiri kadang buat kita lupa kita tidak akan sempurna. Apa yang dapat kita kejar pada kesempurnaan pada mata kasar manusia tetapi kita lupa mengjadi hamba ALLAH yang sempurna??? Berusahalah mengejar kesempurnaan di mata Allah. Means biarlah kita menjadi hamba kepada AL-KHALIQ yang satu, bukan memperhambakan diri pada dunia.

Berbalik kepada si hijau. Aku sayang dan amat berterima kasih pada si hijau, oleh sebab itu, ak berusaha menjaga bumi ini kekal hijau. Jaga kebersihan dan elakkan pembaziran....reuse, recycle dan segala mamcam R lah... (^_^)

Si hijau ini juga mengingatkan ak kenangan aku bersama keluargaku, kenangan kami bersama membanting tulang membantu arwah abah mencari rezeki. Keluarga kami tidaklah sehebat keluarga kalian. berbekalkan Kecekalan dan ketabahan arwah abah, kami mampu menanggung hidup kami. Keluarga si hijau yang kami tanam dan kami tuai adalah dari golongan sayuran...hehehe, kami tanam sayur dan kami jual. Alhamdulillah, hasil cukup untuk kami hidup dan belajar.

hendak dikisahkan kisah aku bersama golongan si hijau... sejak kecil, mungkin sejak aku berumur 7 tahun, abah mulai membajak tanah, untuk bertani katanya, tapi umi membangkang, katanya penat, buat apa buat benda mcm tu, kami ketika itu masih lagi berduit...

Tapi aku sedar, berkat tekad abah, bertani jualah menjadi sumber pendapatan kami. Aku turut membantu abah dari umur 7 tahun lagi sehinggakan tangan dan kakiku menajdi kekasaran. Pernah ada junior kampusku cakap, "kita pempuan kena jaga diri kita, tangan akak kasar, x pakai losyen ke? " Aku? Ak senyum sahaja, apa yang dapat aku balas? Hidup bukan ditentukan kecantikan dik....akak tahu akak tak secantik dan sehebat orang lain, tapi ada satu je akak dapat buat iaitu akak berusaha untuk nampak cantik pada pandangan Allah. tu tujuan hidup akak...

berbalik kepada si hijau, setelah arwah abah bersara, hidup kami menjadi susut, kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. melalui penjualan sayur-sayuran tulah kami tanggung hidup kami. maybe masa tu aku form 3. memang dari umur 7 tahun sampai aku dapat tawaran bellajrlah aku tolong abah. bukan apa, kesian, apa yang abah buat adalah unutk kami jua.....,,

aku masih ingat, pernah juga aku megulangkaji pelajaran di tempat kami bercucuk tanam. ada ujian hafalan al-quran. memang kat situlah ak baca dan alhamdulillah, no problem, ak dapat menghafal surah tersebut dengan baik. ianya satu terapi juga untuk tanaman yang kami tanam...(^_^)

aku cukup bersyukur allah bagi aku, kaimi jalin hibungan yang erat dengan si hijau sehingga si hijau banayak membantu hidup kamiii....

Tapi....

Satu ketika arwah abah jatuh pengsan secara tiba2 ketika minum air, kami sekeluarga bimbang sangat...alhamdulillah, abah kembali sedar, tapi memang aku cuak dan takut waktu tu if something bad happen.

Abah cuba2 g klinik nak buat medical check up...
Bad news...
Abah ada sakit jantung. jantung abah rosak teruk. ketika kami dapt tahu khabar tersebut, hanya 40% sahaja bahagian jantung abah yang elok. mulai saat itu, abah hidup berbekalkan ubat2 dari hospital. walau bagaimanapun, abah still nak ke kebun. nak tanam sayur, nak cari duit bagi kami makan. malam2 pula, apa jadi pengkuliah di surau2 sekitar kawasan kampung. Dapat juga menampung hidup kami. 2esian kat abah, terpaksa buat banyak kerja. Punca jantung abah rosak? Racun serangga yang digunakan untuk elak sayur2 dimakan dan dirosakkan serangga perosak. untuk siapa abah buat semua tu? untuk kami.....


Maaf si hijau, kami menkhianati kejadian semual jadimu...kamu diganggu dengan racun semburan kami, maaf si bumi kerana mengotorimu dengan racun yang merosakkan kesuburanmu...

lama kelamaan si hijau kami tingglkan, tak ada sesiapa lagi boleh bantu abah kat kebun. kami semua melanjutkan pelajaran ke tempat2 yang jauh....

bila terhidu kesegaran si hijau, ak teringat kisah kelurga kami. aku rindu suasana kami ketika itu.berusaha bersama saat jatuh dan bangun...

sehingga kini, kami masih lagi mengalami saat2 kesukaran dalam hidup. ..Insyaallah, moga rezeki ALlah ada di mana2...

aku...
rindu si hijau, aku rindu abah :(
ku menanti pelangi itu muncul, ku takkan pernah berhenti berharap...


Hidup Ini ALLAH dah tetapkan dengan Cukup Adil Dah Aku Rasa

BISMILLAH

Tengah dok termenung jauh ak terfikir kenapa Allah jadikan adanya cuaca yang berbeza...
                                  .
                                         .
                                                 .
                                                        .
                                                              .
                                                                   .
                                                                      .
Then i tekalah the answer:

1) setiap orang melalui hidup yang berbeza setiap hari. Ada yang memerlukan hujan untuk dijadikan sumber tadahan air tuk pokok2 yg ditanam dan dijual

2) ada yang perlukan cahaya or cuaca panas supaya mereka boleh buat kerja mcm nelayan tu. aklau hujan diaorang x leh nak g laut, x dapatlah diaorang nak cari rezeki

Konklusinya, panas, hujan or apa-apa cuaca yang kita alami sebenarnya ada hikmah disebaliknya. bg yang memerlukan hujan, Allah kurniakan tp kadang2 Allah x bagi hujan kerna nelayan minta panas. maka Maha Adil ALLAH memenuhi permintaan si nelayan. bukan Allah tak nak mabulkan doa kita tetapi kadangkala ada orang lebih memerlukan sesuatu yang kita tak nak tu. tu lah namanya kehidupan. Saling berkongsi but maybe kadang2 kita lupa wujudnya insan lain kat dunia ni lantas kita fikir masalah dan susah kita je kan....
Hence, bersikap toleransilah, x semua kita nak kita akan dapat coz kesempurnaan x akan kita dapat melainkan YA KHALIQ sahaja...

Monday, October 29, 2012

AidilAdha 1

Jari jemarinya aku masih lagi mengetuk-ngetuk papan kekunci sambil ditemani bayu malam yang kurasakan dingin sekali. "Maybe malam ni nak hujan kot..." tu lah padahnya bila kerja yang diberikan dibuat sambil lewa, maka bahananya aku sendiri yang terpaksa menanggungnya. "Malam ni ak kena kobankan waktu tidur aku lah nampaknya". Aku masih lagi meneruskan kerja yang terbengkalai dek terlalu asyik berfikir yang bukan-bukan. nak buat macam mana, asyik fikir nak balik kampung je, kan nak Raya Korban (^_^)...
"Alhamdulillah, dah siap nampaknya, lebih awal dari yang dijangkankan." Lappy kesayangnku ku switch off kan dan ak mempersiapkan diri untuk tidur. Setelah usai membaca Al-Mulk dan doa tidur, ku kembali berfikir dan termenung jau...
"Hmmmmm...x best lah raya tahun ni nanti, sunyi sebab kalau ada abah boleh jugak nak tengok orang sembelih lembu. nak harapkan abang aku? Huh! dia tak sama macam abah. Aku ingat bolehlah dia jadi macam abah, alim, meletakkan islam no 1 satu dalam hidupnya, jadi pemimpin keluarga kami, dan macam2 lah. Tu harapan aku je, tp....takpelah. Aku berdoa sangat pemimpin aku nanti macam tu. Aku nak 'dia' pimpin kami semua masuk syurga. Serius ni, aku tak kira dia kerja apa asalkan kerja dia buat halal tp yang penting, dia meletakkan cinta Allah no 1. Ak doa sangat keluarga yang aku bina mawaddah wa rahmah. back pasal hari raya korban tu, yes I am sure dan memang jadi macam tu pun. Kitaorang sunyi...memang nak nagis je tapi sabarkan hati je lah. serius sunyi bila abah takde :(, aktiviti kami time2 hari macam ni jadi tak ada makna."
Petang Monday lepas kelas tu terus aku kemas-kemas barang nak balik rumah kakak aku. Alhamdulillah, ada kakak bolehlah menumpang nak balik kampung, duit pun ak tak keluar, semua dia bayar..kehkehkeh...Kali ni abang aku dari kedah akan datang ambik kita orang adik beradik. Abang ipar dah selamat kat kampung dah because dia ada kursus kat terengganu, so terus balik kelantan.
Hari Wednesday aku pergi ambil abang kat Pudu, almaklumlah dia tak biasa. tengahari tu aku dok tunggu kakak aku kat sekolah tmpat dia mengajar (SMK Gombak Setia) . nak suruh dia ambik aku lepas dia kelas kesian pulak dia nak g kehulu kehilir, so aku decide ikut dia g sekolah then lepas dia mengajar, hantar aku kat stesen LRT Taman Melati. bukan main abang aku suruh tunggu pukul 3. Tup Tap, ak  terima satu sms, dia kat maybe pukul 5 or 6 baru dia sampaik. uish...berasap den..sambil tunggu dia kat pudu tu,aku jelajah lah bangunan pudu, tiba2 jumpa satu kedai  buku, KEDAI BUKU 1 MALAYSIA...wah!!!!!!HEAVEN gila rasa, kau memang pantang tengok buku, naik meroyan aku... then jumpa pulak buku yang murah2, tp ak tak beli lah kan... pokai dah. Memang buku kat situ murah2, sapa2 nak cari buku kat situ ak sarankan lagipun banyak buku kat situ.... macam2 jenis ada... terubat marah aku kat abang aku tu...
Then lepas jeljah tu, ak decide nak cari food court. nak amkan bekal yang aku bawak, NASI GORENG BERIYANI PATAYYA. HUHUHU, guna perencah maggi je pun, then bungkus dengan telur.sambil jalan cari food court tiba2 muncul senior ipg, dia nak teman ak cari foodcourt, maka berjalanlah kami  berdua. dah jumpa food court kami borak2 lah... ada jugak teman ak kali ni... huhuhu..
dalam kul 5 lebih kami pun jalan, ak nak tunggu abang ak then dia nak terus balik rumah, nak kemas2 banrang then balik kampung dengan kawan dia pakai kereta.
Abang aku dah sampai then kitaotrang pun geraklah... dengan yakinnya ak bawa abang ak ke laluan aliran sri petaling... nasib abik sempat perasan ak salah tren then kita oarng sempat keluar balik. hehehehe, aku malu, abang ak  lagilah malu...kitaorang pun g tunggu tern nak ke masjid jamek dekat tempat yang sepatutnya. dah amsuk tu pulak ad tmpat kosong, ak g duduk sebelah kanan dia sebelah kiri. boleh pulaka da pak cik tu ingat kami ni couple. ak pun cakap la kami ni adik beradik...nak tau kenapa, bila kami masuk tren and duduk tempat asing2 dia pun sengih2...hah...ak dah agak dah, mesti ad misunderstanding ni...
bila kami keluar ak pun cajaplah kat dia....hahahah, dia pun gelak...
then tunggu kakak kami ambik kat taman melati.nasib baik kami sampai time dia balik sekolah. tp kena bebel jugak coz dia kena tunggu kami. kami beli wing ayam nak ngap2 dalam keta...^_^
paginya kul 3 pagi kami pun bertolak pulang ke kampung. x sabar nak jumpa angin and pokok2 kat kampung...tp kami sampai lewat sikit coz jalan memanglah jem and ada xcident tepi jalan. Yang mebuatkan ak cuak bila yang xcident tu kereta polis. macam mana boleh terxcident tuu....
yeah....alhamdulillah, kul 3 petang kami sampai kat rumah....



bersambung...

snap raya yang elpas2, masa ak form berapa ntah...
dr kiri gmabr ats: ak, kak no 2 (dah kawin dah skrang, abang ak, kak no 1(dah kawin dah skrang), kak no 3 (ambik master kat uia, insyaallah tengah2 tahun depan abis)
dr kiri gmbar bawah: adik (blajar kat uia kuatan; pharmacy) , arwah abah, adik bongsu lelaki (form 4 skrang), ummi( tapi muka tak nampak), adik bongsu pompuan (br lepas STAM)

Ni semua family aku...sayang mereka lebih berbanding aku sayang diri aku... <3 p="p">

Friday, October 12, 2012

BINGUNG

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM...
SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW

bingung, keliru dan penat...
ingat jadi manusia ni senang? fikir nak enjoy je? NOPE!!
Manusialah yg paling banyak di uji oleh Allah, kadang2 ujian itu berat dan tak tertanggung, kadang2 kita tak tau pun itu merupakan ujian buat kita for example kesengan. Ramai orang fikir kalau ujian itu mesti yg susah...NOPE!!! YOU ALL SILAP, dalam exam pun ad soalan yang mudah, samalah jugak Ujian yg Allah bagi kat kita. ada jugak ujian yg senang lantas kita x sedar bena tu ujian. TAKE NOTED tau ap yg berlaku dalam hidup kita sehari2.

ak pula diuji tentan hidup ini yg banyak membuat ak melakuka  dosa. Yup, dosa iu wujud bila kita yg menciptanya. Kalau tak pandai control hati, tanagn, mata, telinga dan mulut maka buruk padahnya. Macam2 dosa tercipta..
1) tengak perkara yg melalaikan
2) mengumpat
3) dengar benda2 langho banayak sangat
5)makan mknn syubhah (nak kata mknan haram tak maulah coz smua dah tahu ap itu mknan haram, tp kalau yg syubhah ni kt main sapu je coz kita kata tak pasti diragui or not.
6) anggota buat perkara yg melalaikan (solat lewat-sy la tu)
BANYAK LAGI YG LAIN....
MUHASABAH LA DIRI SENANG...

ku bingung kerana fikir lebih baik ak jadi lumpur/ tanah senang, tak pyh fikir anggota buat baik ke jahat....
tp haruslah kena bersyukur, kalau tak lahir kita kat dunia maka x wujudlah kt kat dunia...



Sunday, September 30, 2012

wish me luck!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
SELAWAT & SALAM BUAT RASUL JUNJUNGAN, NABI MUHAMMAD SAW SERTA BUAT SAHABAT BAGINDA....
Alhamdulillah, berkesempatan juga kali ini nak menconteng arang ke muka blog ni. Bukan apa, dah lama ianya dibiarkan sepi tanpa diisi.

alhamdulillah, selesai juga rancangan minggu ini, menuntut ilmu menjadi Dai'e yg berjaya. InsyaAllah ak akan berusaha menjadi hamba Allah yg menegakkan syiar Islam kat muka bumi Allah ni, tp kalau ada yg tak dapat menerima teguran ikhlas aku, ak redho kerana perjuangan di sisi Allah itu banyak dugaan dan cabarannya.

nak tegur, x nak tegur...
which one ak kena pilih bila ad kemungkaran depan mata?

once upon a time, ak banyak pilih cegah kemungkaran pakai hati je, but, after kena  polish and ambil iktibar dr kisah adik2, ak rasa ak perlu berubah... why not ak tegur je terang2...mungkin ad yang x dpt terima top itulah yg terbaik sekarang kerana masuisa sekarang bukan boleh nak nasihat lembut2 bnyk kali, diaorang dahjadi lali dah.....

so, mohon doa sahabat2 supaya ak menjadi seorang Dai'e yang diredhoi Allah...
^_^ 

Monday, September 24, 2012

Today's Story Line....

sesi make-up story-teller (^_^)

Assalamualaikum..
ALHAMDULILLAH, selesai juga story telling workshop kami tadi...syukur sangat2.Walaupun saya tak ingat skrip saya, pengalaman melakukukan story telling kat students yang advanced ni memang amat mencabar dan memberi banyak pengalaman pada saya. Saya bersyukur kerana kerana pengalaman yang saya kumpul ni boleh saya bawa ke sekolah nanti(kalaulah saya dpt high marks and dapat posting kat sekolah)
memang this project SUPERB lah!!!

next, kitaorang punya projeck sni...walaupun tk berapa berseni tp enjoy je lah...but, seni tu tetap dlam hati ^_^


ENJOY THE PICTURES

Model kami yg tak lawa tu, dibuat dari botol dan pewarna kuku

karya diri,(bangga) walaupun tak lawa

my friend punya hasil

karya hati...kerakusan manusia membawa bencana

\dpn banner spetrum 


penguin coomeeelll!


thats all for today...^_^

Monday, September 10, 2012

HATI2 dengan hati

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Hidup ni tak lepas dr menyusahkan orang..
dr sudut hatiku,
ak minta maaf sngt dngn ap yg berlaku...
silap ak dan memang silap ak...