BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Tuesday, September 15, 2015

Menjadi sosok yang hebat

Bismillah

Sememangnya setiap insan pasti ingin menjadi contoh dan ikutan yang baik buat insan di sekeliling mereka. Akan tetapi, kekurangan yang ada telah membantutkan tuntutan dan hasrat tersebut. Aku? Semestinya ingin menjadi insan hebat yang mampu menjai contoh yang baik buat insan di sekelilingku. Tetapi ternyata hal tersebut tidak gampang. Menjadi sosok yang hebat masa kini memerlukan kau menjadi insan yang total zero dari sebarang kesalahan. Apa itu mungkin? Nah, hebatnya perlu kau didik diri kau sebelum kau mula mentadbir yang lain. Apa manusia lupa? Manusia itu tidak sempurna, mereka perlu saling melengkapi.

Wahai manusia, kau hamba..., bukan pencipta. Apa kau mahu melawan Sang Pencipta sehingga kau tidak boleh punya dosa sekiranya kau mahu menyeru kepada kebaikan? Aku tahu, kau rimas dengan kata-kata mereka, berkata seakan mereka insan sempurna, mengata saat kau mula mahu mengatur langkah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

Bertabahlah teman, hidup tak selalunya indah dan ceria. Kau cuma ingin melaksanakan tugas kau sebagai khalifah, jangan cepat menyerah...sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu.

#cukupakukagumdengansesetengahindividuyangcekalmenyerukepadakebaikandannmencegahkemungkaran.Antaranya'KakHassanah'.
Walaupun dia muda 4 tahun dari aku ttapi sikap dan sifatnya cukup matang. tidak gopoh dan sabar. Bolehkah aku jadi sepertti itu?
Mohon doanya.

Wednesday, September 9, 2015

I love my Holiday

Bismillah

Tadi baru habis meeting pasal campibg. adake patut nak buat camping time cuti yang panjang tu. i want back home la.  i love my holiday very much so i cannot tolerate. Orng atas suka tau buat aktiviti time  x munasabah... x sukax2.

Hence, lastnya mmg smua x stuju kecuali 1 group je. he3, so depalah yg settle kan smua ttntang camping tu, bw buddak, uruskan budak, uruskan pertandingan budak... Bukaan tak nak tolong tapi cuti lah... i dahlah dok jauh. balik pun time cuti panjang cenggini.
I nak lepak2 dengan family, nak borak-borak, nak sembang-sembang.
Kesian i tau. dah 2 bulan x balik menjenguk mak yang sorang dan dah agak lama la x menjenguk kuburan arwah abah i. so please ea. lain kali jangan buat time cuti pnjang. Sbebnarnya sronok gak camping but if cuti panjang mcm ni mohon sorry ea if i tak melibatkan diri. i rindu mak i sorang tu.
Wishh best of luck frenz during the camping.

Monday, September 7, 2015

Aku dan Tamar

Bismillah

Kisah aku dan pohon tamar adaalah sebuah kisah perbezaan.  Perbezaan di antara hamba Allah yang terjamin tempatnya di syurga dan kisahku yang tiada petanda syurga atau neraka.

Pada aku manusia adalah hamba Allah yang paling kritikal. Hidup dalam keadaan penuh kadang-kadang. Kadang-kadang manusia boleh jadi baik, kadang-kadang jahatnya mengalahkan syaitan.

Tapi aku bersyukur aku adalah manusia. Kerana aku boleh menikmati dunia yang Allah ciptakan untuk manusia ini, iaitu hambanya. Dunia yang sebenarnya medan ujian, menjadi tempat terakhir bagi sesetengah manusia. Apa tidaknya, hidup di dunia bagaikan dunia ini miliknya. Apa sombong kamu? Sudah tidak kenal sama Allah penciptamu? Dunia inilah tempat pengumpulan amalan2sebagai bekal untuk hari kebangkitan nanti. Tapi x ramai yang menjadikan dunia ini sebegitu. yang ramainya mengagungkan dunia melebihi segalanya. Apa kaitannnya denganku? ada kaitannnya...Bukankah aku juga  manusia? Bayak salahku. Apa kamu kira aku malaikat? Diciptakan tanda dosa dan  kekurangan...

Dan berkisar kissah si pohon tamar. Aku mengkaguminya. Kisahnya diabadikan. Diaa juga dijanjikan syurga. Nak tahu lebih lanjut? dengarlah lagu dari Daqmie, Tangis Sebatang Tamar.

Thursday, September 3, 2015

Happy 25

Bismillah

Bila dicongak hidup ini, dah 25 tahun ak hidup, 19 tahun hidup di samping parent and after that bermulalah journey hidup dekat luar and now i'm working. Going to be an adult...

25 tahun hidup tanpa matlamat yang jelaas ternyata adalah pembazirn yang amat nyata. Apa aku nak buat esok? apa aku nak buat minggu depan? apa aku nak buat 1 tahun lagi? What is my planned for the next year? Actually I don't know...

Saturday, April 18, 2015

Izinkan Aku Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim

Pintaku hanya satu Ya Allah,
Izinkan ak mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Tapi ak masih lagi mencari2 erti bahagia,
apakah bahagia itu apabila kita tahu senyum 24?
Apa bahagia itu apabila kita bersama keluarga tercinta?
Apa bahagia itu apabila aku menjadi si kaya raya tanpa perlu memikirkan masalah kewangan yang melanda?

Sungguh,
Ak mohon agar dalam hidup ini ak rasa bahagia.
Tiada rasa resah gelisah,
Tiada rasa gundah gulana.

Ya Allah,
Ak begini,
Apa ak mampu mencapai kebahagiaan hakiki?
Ak si pendosa.
apa aku bisa mencapai redhomu?

Aku sangat butuh kasih Mu Ya Rabb,
kasih sayangmu yg menbuat jiwaku bersarang dengan gula2 kemanisan iman,
Aku butuh bantuanmu Ya Rabb,
yang mampu membuka pintu hatiku,
pimtu kebahagiaan jiwaku.
Kerna aku merasakan hati  ini telah hitam Ya  Rabb,
jadi makin sukar ku merasai kemanisan itu...
Hantarlah saudara seislamku yg mampu membuat jiwaku bahagia,
yang mampu membuat hati dan jiwaku merasa tenang,
setenang-tenang air di lautan.
Hantaarakan sesiapa sahaja Ya Allah,
supaya jiwaku tidak kering lagi,
walau hakikat ianya tidak kelihatan,
tetapi hanya ku yang merassa...

Ya Allah,
Aku butuh cintamu,
Aku butuh manusia yg cintakanmu,
Agar hidup aku dan kami sentiasa dalam lembayung rahmatmu... 

Sunday, April 12, 2015

In Memories

Bismillahirrahmanirrahim...

Abah,
sudah 4 tahun pemergian mu dari sisi kami,
Sayu,
Sedih,
Rindu....

Abah,
tangisan ini kudiamkan
memori bersamamu menjengah,
saat ak snap belakang abah,
hati terdetik
'apakah ini kali terakhir ak bersamamu'
ya...
sememangnya itu adalah kali terakhir kami keluar bersama
menghirup angin pentai
tenang dan damai..

Abah, ak sangat merinduimu..
tunggu ak di pintu syurga...

Saturday, April 11, 2015

aku harus bagaimana?

bismillahirrahmanirrahim

Sering kali persoalan menjengah,
bagaimana harus aku berubah?
apa jalannya?
tunjuki aku caranya.

Aku,
si fakir,
sepi di satu sudut,
apa harus ak jadi seperti mereka?
mesra, ramah dan tamah?
mereka pandai menutur kata,
sedang aku termanggu-manggu memula bicara.

Apa aku salah?
menjadi si bisu tanpa bicara?
aku berkira2 untuk melontar kata,
tapi aku khuatir ianya tidak bertepatan,
mungkin tersalah bicara nanti.

Jadinya,
ak terus sepi.

Maafkan aku,
sekiranya kau tahu caranya tuk mengubahku,
persila,
bicarakan,
katakan padaku agar bisa menjadi sepertimu,
Si ramah dengan senyum mesra...

by:si fakir