SEBUAH CERPEN ....
PART 1
Gadis itu masih lagi berteleku di atas sejadah usang hadiah pemberian abahnya. Begitu khusyuk dia berdoa seraya usai solat. Di mulai dengan zikir munajat, meninsafi fitrah diri sebagai hamba yang hina lagi kerdil. Bibirnya terkumat kamit mengalunkan 33 kali lafaz suci tahmid (alhamdulillah) di atas kurniaan nikmat yang tak terhitung atas ruang waktu yang di berikan untuk mengabdikan diri pada yang esa. Lafaz astaghfirullahalazim pula menyusul kerana menginsafi kelemahan diri seorang hamba yang banyak berbuat dosa pada penciptaNya iaitu ALLAH. Tidak dilupakan lafaz suci Allahuakbar (Allah Maha Besar) sayup-sayup kedengaran di bibir gadis itu. Doa semoga abahnya bersemadi dengan aman dan dijanjikan syurga yang abadi tidak di lupakan untuk abah. Nur Dhuha binti Abdul Aziz masih lagi belum usai solatnya dari tadi. Mungkin menangisi kejadian 40 hari yang lalu yang semakin hari semakin menjengah kotak mindanya. Kematian abahnya diredhai tetapi luka kehilangan abah tercinta belum sembuh sepenuhnya. Dia masih lagi mengenang kisah-kisah suka dan duka yang di harungi keuarganya bersama abah tercinta. Susah ditanggung bersama, senang juga di tanggung bersama.
Begitu dia mengingati pengorbanan abahnya ketika keluarga mereka dilanda hidup yang perit. Duit makan hanya bergantung pada kematian yang berlaku di kampungnya. saat hidup mereka susah, begitu banyak kematian yang berlaku di kampunnya.Sehinggakan Rm 10 yang mereka terima bagaikan seribu ringgit untuk keluarganya. Maaf dipohon dari keluarga si mati... mungkin itu adalah rezeki untuk keluarga Dhuha. Dhuha menghentikan ibadahnya setelah usai berdoa.
Segera Dhuha mengambil Al-Quran di atas almari untuk sedekahkan Al-Fatihah dan surah Al-Kahfi untuk Abahnya setiap kali usai solat. Surah Al-Fatihah dan Al-Kahfi insayAllah dapat dijadikan Doa semoga Abah tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat syafaat dari Allah. Selain itu, Surah Al-Kahfi diharap dapat menjadi pelindung dirinya dari fitnah dajjal. Orang kata doa anak yang soleh dapat didengar ibu bapa yang telah meninggal dunia, tapi orang tu kata anak lelaki je, abah ada ramai anak perempuan.sampai ke doa kami?pernah terdetik soalan tu dalam fikiran Dhuha. Dhuha tidak hiraukan semua tu, yang penting Dhuha sedaya upaya berusaha menjadi anak yang solehah pada dua ibu bapanya. Selagi termampu, dia akan mendoakan kesejahteraan umi dan abahnya.
Usai membaca Al-Quran Dhuha meneruskan pembacaanya kerana peperiksaan akhir semesta akan bermula seminggu lagi. Awal-awal lagi Dhuha mohon kemaafan dari ibunya kerana dia tidak pasti adakah dia mampu melakukan yang terbaik kali ini. Dia tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap pelajarannya kerana memori bersama Abahnya sering menjengah. Kadan-kadang dia sedih kerana dia belum sempat memohon maaf dan di minta halalkan makan minum dari abahnya. Kematian abah yang mengejut dan tak disangka semua termasuk umi dan adiknya yang berada di sisi abah ketika itu mengundang keinsafa pada dirinya. KEMATIAN TIDAK DAPAT DIA JANGKA, JIKA ALLAH MENGARAHKAN MALAIKAT MAUT MENCABUT NYAWA SESEORANG ITU, SEKELIP MATA SAHAJA SEMUA ITU BERLAKU. "KUN FAYAKUN", MAKNANYA JADILAH MAKA TERJADILAH. sekali Allah menyebut ayat itu, semua akan patuh pada perintahnya. Maka, sayangilah, hargailah kedua ibu bapa anda sebelum semua terlambat. Curahkan sepenuh kasih sayang kepada keduanya sebelum mereka meninggalkan kita dan kita mula merasai penyesalan yang amat sangat.
to be continue....