BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Saturday, June 18, 2011

AYAH @ BAPA @ ABAH @ ABI @ ABUYA @ FATHER @ WALID & SO ON..

Ae-man (AYAH)


ketika kejauhan 
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Kasih seorang bapa tidak terhitung nilainya. Jasa dan pengorbanan individu yg bergelar bapa tidak pernah surut dalam memikul amanah dan anugerah yang di kurniakan Allah iaitu ZURIAT keturunan dan pewaris generasi mereka. Sudah tentu setiap bapa menginginkan zuriat mereka yang soleh dan solehah supaya kelak mereka akan menjadi insan yang berguna pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Mungkin anak-anak sekarang memikirkan apakah cara yang terbaik untuk menjadi anak kebanggaan ibu bapa mereka. 

Jadilah anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka di dunia dan di akhirat.

Ibu bapa mahukan kasih sayang dan perhatian anak2 bukan hanya wang ringgit semata-mata. 

Berbalik kpd hari bapa. Aku bersyukur di kurniakan seorang ayah yang menjadikan diriku seperti ini sekarang. Selain ilmu agama, ilmu dunia juga menjadi syarat kebahagiannya. namu, belum sempat aku berjaya, dia meninggalkan aku dengan haraoan yang menggunung supaya aku menjadi insan yang mulia...GURU...

PENGAJIAN YANG BERBAKI 3 TAHUN lagi akan ku berhempas pulas (INsyaAllah), mengggunakan tenaga sekerat ku untuk mendapatkan kejayaan yang di impikan. 
kasih sayang abah buatku akan ku jadikan peneman di kala aku lumpuh dan rebah, semoga ku akan terus bangkit dan move forward.

selamat hari bapa walaupun kau sudah pergi meninggalkan ku. kasih sayangmu ku kenang selalu. Hanya doa dariku buat pbekalan perjalanan mu di sana. titipkan kasih mu melalui kasih Ilahi....
                                    MOM & DAD




SELAMAT HARI BAPA, YOU ARE THE FATHER AMONG THE WORLD. THERE IS NO ONE ELSE TO BE COMPARE WITH YOU...