BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Saturday, July 13, 2013

Ujian sakit


Bismillahirrahmanirrahim...

macam mana nak buat ek? esok dah nak practicum tp demam pulak hr ni...suara pun x keluar...masak la kali ni.
Sebenarnya dapat sakit tu adalah ujian dan dimana kalau kita hadapi ujian tu betul (ingat Allah) dapat pahala. Selain tu sakit2 ni kan Allah nak hapuskan dosa2 kecil, jadi redho jelah..
Tapi sedikit bimbang bila nak pergi practicum ni, nak ajar mcm mana dlm kelas. runsing kot...
nak makan ubat betul2 n insyaallah adalah suara esok... hmmmm...

Thursday, July 11, 2013

Lawatan ke Muzium Islam Negara

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari tu kami berkesempatan ke muzium warisan islam negara. best sangat tau...

kawan2 yg sama2 bersama dalam lawatan tersebut, berlatar belakangkan kubah terbalik:)

rasa macam x puas je pergi hari, plan nak pergi skali lagi. Nak buat macam mana,bila pergi lawatan ramai2 kejap je boleh berada dalam satu2 tempat. kalau nak diikutkan, saya tak suka sangat terlibat dengan benda2 sejarah ni, tapi bila melawat muzium ni, saya rasa bangga sangat dengan sejarah peradaban islam. maju dan superb. dulu x minat sejarah, sekarang sangat minat.hu3...lagi satu, sejarah ni boleh buat kita sentiasa ingat apa perkara yang boleh kita ubah, kita ubah, yang x elok tu kita perlu ingat supaya kita x akan ulang balik benda yang sama berlaku... fahama tak ea? he3...

banyak lahi nak share, tapi dah lupa. sejak busy2 ni kan, banyak benda lupa ..

wassALAM..

Friday, July 5, 2013

~Ramadhan Ini~

Bismillahirrahmanirrahim.

Sedang mengemas-ngemas bilik suddenly jumpa note book lama, bila flip2 jumpa satu sajak yg ditulis dulu, rasa nak share la pulak :)

Tajuk nya pasal Ramadhan, luahan dan isi hati sendiri

Ramadhan kali ini,
Betapa ianya aku rindu,
Bulan keinsafan, bulan pengampunan,
Bulan yag penuh hikmah.

Setiap detik kanku perjudikan
Supaya aku bisa menjadi hambaNya
Sang Perindu abadi,
Susur jalan kepayahan rela ku tempuhi,
Bak mengharap pengampunan abadi,
Aku gembira lagi bersyukur ianya kembali,
tapi ku takut dan sedih,
sekiranya kehadirannya kali ini ku persiakan.

InsyaAllah,
Akan ku penuhi neraca timbanganku dengan amal kebaikan,
supaya aku bisa menjadi hamba yang tau menunjukkan rasa syukur.

Akan tetapi,
Harus ku akui hadirnya bulan ini tanpa ayahanda disisi,
Terasa sedikit kosong hari-hari yanga kan ku lalui,
Tetapi aku harus redha pada takdir, k
Ku harus akur pada ketentuan Ilahi,
Pemergiannya dirindui.

Allah,
Yang maha Pengasih lagi MAha Penyayang,