BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Saturday, April 2, 2011

MATA RANTAIAN PERJUANGAN RASULULLAH SAW

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW SERTA AHLILBAITNYA, PARA SAHABIAT, ALIM ULAMA', SELURUH UMAT ISLAM YANG MUKMIN DAN MUKMINAT SEKALIAN....

Tujuan tangan ini menaip tiap tinta madah malam ini tidak lain dan tidak bukan untuk berkongsi pendapat saya yang dangkal ilmu ini. Berbalik kepada post saya kali ini, MATA RANTAIAN PERJUANGAN RASULULLAH SAW merujuk kepada kita lah...kitalah PIMPINAN yang akan memimpin diri kita dan orang lain ke arah kebaikan dan mengejar MARDHOTILLAH.. PEMIMPIN di muka bumi Allah ini adalah pemimpin yang menjadi mata rantaian perjuangan Rasulullah. mereka juga di kenali sebagai KHALIFAH di bumi Allah...
Bertepatan dengan dalil:
"SETIAP DARIPADA KAMU ADALAH KETUA, DAN SETIAP DARIPADA KAMU ADALAH KETUA KPD DIRIMU SENDIRI..."

Oleh itu, setiap saff PIMPINAN perlulah mempunyai sifat2 dan sikap2 yang tak akan mendangkalkan dan menjelikkan. ini kerana kebanyakan PIMPINAN dilihat mengucapkan sesuatu yang tidak mereka laksanakan. WAH, BEGITU HEBAT UKHTI/AKHI BERKATA2."KITA JANGANLAH BERCOUPLE, IANYA MENDEKATI ZINA". NAH LIHATLAH KITA PULA, SUCIKAH KITA DARI PERKARA TERSEBUT? ADAKAH KITA TIDAK BERCOUPLE SEWAKTU UCAPAN ITU DI BUAT? Mungkin kita fikir orang lain x tahu gerak geri kita, tetapi Allah MAHA MELIHAT  la brother!!! banyak betul larangan2 yang kita berikan kepada sahabat2 kita yang lain tetapi adakah kita menghindarkan larangan tersebut...sesungguhnya ALLAH TIDAK MENYUKAI orang yang berkata sesuatu tang mereka tidak kerjakan seperti yang terkandung dalam surah As-Saff: 2-3.

Seorang PIMPINAN juga perlulah melaksanakan gerak kerja bersama2 ahli yang lain. Hidup secara berjemaah lebih baik daripada kita sendirian. Perhubungan dalam ahli gerakan itu perlulah erat seperti isi denagn kuku atau erat seperti kita adalah seibu dan sebapa. maka, dengn ada hubungan yang erat kita akan mudah meluahkan kisah duka dan suka yang kita alami. Sungguh ku terkilan dengan sahabat ini yang tidak menganggap kami adalah sebahagian daripadanya. Begitu tidak matang pemikiran dan hatinya kerana menjauhkan diri dari kami kerana ada perselisihan dengan SEORANG INDIVIDU SAHAJA. Apakah nilai UKHWAH yang sering diungkapkannya? mana janjinya pada ISLAM untuk setia berjuang bersama? Maaf sahabatku, ku kecewa denganmu. Kau begitu banyak memberi nasihat pada individu lain, tapi kau sendirI yang tidak melaksanakan. Mana sifat PIMPINAN RASULULLAH, AL-FATEH, SALMAN AL-FARISI?
Ku kira kau belum cukup matang untuk mengawal nafsu amarahmu dan fikiranmu.

PIMPINAN perlulah bersifat terbuka, mesra dengan semua dan memahami individu2 yang berada di sekeliling, barulah kau akan mengetahui apa yang perlu laksanak untuk agama Allah.(bukan main redah jer). that's why la kena berda dalam satu kelompok untuk berbincang dan merancang.

SAHABATKU,
CUBA KAU INGAT DAN KENAG KEMBALI MEMORI KITA BERSAMA,
PERJALANAN YANG KITA HARUNGI,
MASAM MANIS MEMORI KITA DI KOTA RAYA INI,
UNTUK MELAKSANAKAN AGAMA ALLAH,
TIDAKKAH KAU RASA KASIH PADA PERSATUAN KITA?

SAHABTKU,
BERSAMALAH KITA FAHAMI
GERAK KERJA DAN GAYA PIMPINAN RASULULAH,
KETAHUI, FAHAMI DAN AMALKANNYA.

SAHABATKU,
KU DAHAGAKAN ILMUMU YANG MENGGUNUNG,
KU DAHAGAKAN NASIHATMU
TETAPI KU
MAHU KAU LAKSANAKAN DULU APA YANG KAU UCAPKAN

SAHABATKU,
KU SAYANG DAN KASIHKAN MU.
MAKA KEMBALILAH KITA
KE JALAN ALLAH...
                                                          REHLAH 2010

                                                           KMK-2010
                                                                     KPN-2011
                                             KUASA ALLAH MENGATASI SEGALANYA

SALAM KASIH DAN SAYANG
DARIKU....


KU kira shanya itu yang mampu ku luahkan. Pilu dan Ngilu hati ini usah kau hiraukan...
=====^^^^^_____^^^^^^=====

No comments: