BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Tuesday, August 28, 2012

REBUT GANJARAN PUASA 6

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM 'ALA KULLUKUM
SHOLAWATAN 'ALA NABIYYINA MUHAMMAD SAW, NOT TO FORGET, SHOHABAT OF OUR MESSENGER AND HIS FAMILY....

Dah habis ramadhan tiba pula bulan syawal yang sememangnya dinantikan semua muslimin skrang ni especially in our country. why ramai sangat x sabar2 bila tiba syawal ni?
1) budak2 nak raya n kumpul duit raya banyak2
2)remaja2 suka la dapat beraya rumah member n jalan puas2
3)org dewasa pulak berhabis duit tukar itu dan ini kat rumah
konklusinya -hilang sudah erti ramadhan sebenar n berlakulah pembaziran yg melampau batasan...ish3

INGAT TAU!
RAMADHAN adalah madrasah untuk kita mendidik diri untuk lebih memantapka diri menjadi muslim yg terbaik, perfect!
dan SYAWAL pula sebagai tmpat penyambungan pemantapan diri kita sebagai hamba Allah. realize it or not, you deal with it within yourself.
SYAWAL , BULAN YG PENUH BARAKAH JUGA KALAU NAK DIHITUNG. WHY?
coz bila kita puasa 6 hari drpd bulan syawal, kita diibaratkan bagai berpuasa 1 tahun...
banyak kelebihan puasa 6 hari pd bulan syawal ni. nak bukti?

NAH!AMBIKLAH BUKTI NI....

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)


AD JUGA DIPERIHALKAN GANJARAN PUASA 6 HARI BULAN SYAWAL NI, 

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.


KAN UDAH AKU BILANG...MASIH AD WAKTU LAGI UNTUK ITU, AYUHLAH KITA SAMA2 PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL YE ^_^

SEBAGAI GANJARAN, NI NIAT PUASA 6 :



SELAMAT BERAMAL N FIGHTING MENJADI HAMBA ALLAH YG DIBERKATI ^_^

No comments: