BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Wednesday, January 21, 2015

5 Tahun 5 Bulan

Alhamdulillah,
5 tahun 5 bulan sudah berlalu.

Menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas Spm di sebuah institusi pendidikan guru tak aku jangka. Tapi, takdir telah menentukan segalanya. Akhirnya selesai juga tempoh pengajian yang ditetapkan walau banyak duri2 berterabur yang aku redah. ingat senang ke nak habiskan semua tu? Alhamdulillah, berkat sokongan dan dorongan keluarga dan sahabat2, aku berjaya menghabiskan pengajianku. Jangan lupa, Allah adalah sebaik2 pendamping selama ini. tanpanya aku tiada arah tau.

Tahun terakhir (2014) adalah tahun yang amat mencabar di mana aku perlu menjalani praktikum selama 3 bulan, internship dan juga menyiapkan kajian tindakan untuk dijilidkan. alhamdulillah semuanya selesai dan aku legaaaa sangat.

Kini aku sedang meninggu panggilan posting setelah aku dikhabarkan lulus dalam temuduga SPP hari tu (before exam final). Alhamdulillah, Allah permudahkan. Harapnya penempatan yg diberikan adalah yang terbaik buat aku dan juga keluargaku.

Persiapan untuk posting?
Hah, yg ni belum buat apa2 lagi. Tiba2 pula diberi ujian sakit perut(cirirt-birit after banjir ni). So x dapat nak keluar buat urusan lg. Apa yg harus buat? Medical check up, akuan sumpah dan buka kwsp. Tu yang penting buat masa ni.

So, hope everything is going to be fine :)
Ilal liqa' ma'asssalaamah...

No comments: