BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Friday, February 25, 2011

BERUBAH Tuk KEbaikAN SeJaGat


~~~SEDAMAI DAN SEINDAH ALAM PAWANA~~~INDAH LAGI AGAMA SUCI ALLAH IAITU ISLAM~~~



ASSALAMUALIKUM, SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW,PARA SAHABT, KELUARGA DAN SELURUH MU'MIN DI DUNIA INI...SELAMAT PAGI....

KAT SINI SAYA NAK SHARE KISAH tYSON, ala...yg famous dalam bab tinju meninju tu....bagaimana dia boleh berubah dan kasih sayng beliau pada Rasulullah...
renung2kan bersama...


Tyson menangis di Raudah

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.
TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.

TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.
Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.

Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah.

KONKLUSINYA...

Cuba kita renung balik diri kita, apa rasa cinta kita pada rasul...begitu asyik cinta insani yg kita agung2kAN, hingga HILANG SUDAH CINTA PADA ALLAH DAN UTUSANNYA, RASULULLAH. pada pandangan saya yang selama ini saya perhatikan dan fahami, orang yang baru memeluk islam lebih TOP amalnya, lebih UNGGUL peribadinya dan lebih SUPER pemahaman mereka tentang ADDIN yang mereka anuTI. Mereka lebih BIJAK menilai apa larangan dan suruhan Allah kepada hambaNya. ini kerana, mereka memeluk agama Islam atas dasar kesucian agama, kemurnian Islam dan bukan atas dasar mahu mencontohi individu-individu tertentu. Apa yg saya maksudkan di sini, apabila seseorang peluk Islam, mereka akan memahami dulu apa yang ada dalam agama Allah yang Agung itu, setelah itu, mereka akan Istiqamah dengan apa yang mereka percayai itu.

Kita pula berbeza, kita kenal Islam sejak dari lahir. oleh itu kurangnya pemahaman kita tentang Islam, kita sukar untuk melaksanakan apa yang di perintahkan Allah.

meh nak guna ayat kasar sikit... KITA NI X SEDAR DIRI (KITA SEMUA YEK, SAYA X TERKECUALI). DAH ALLAH BAGI AGAMA YANG LENGKAP NI, HAPPY GO LUCKY JE KITA BUAT DON'T KNOW DENGAN AGAMA ALLAH NI. SURUH AMAL MAKRUF(BUAT BAIK/ KEBAJIKAN), KITA GATAL2 NAK BUAT MUNGKAR( ADIK-BERADIK MAKSIAT LER). ALLAH SURUH KITA NAHI MUNGKAR,KITA NI SUKA SUKI IKUT BUAT PRKARA MUNGKAR... X SEDAR DIUNTUNG. BERAPA BANYAK KITA KECEWAKAN ALLAH DNGN DIRI KITA NI. ALLAH NAK TOLONG KITA JADI INSAN TERBAIK, KITA NAK JADI SEBALIKNYA PLAK. ISH...GERAAAMMMMMMMMMMMMM...MINTA JAUH LER.

MEMANG LA KITA NI PERLU MERASAI SENDIRIK BARULAH KITA AKAN BERUBAH KAN? BUT X BOLEH KE KITA AMBIK INTIBAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN...BERUBAH LA SEMUA....BERUBAH!!!!

BAB NAK BERUBAH NI, UBAH SIKIT2 TAU... X LEH DRASTIK SANGAT. NNTI BERUBAH KPD ASAL SECARA DRASTIK PULA...BIAR KITA BERUBAH SAMBIL FAHAMI SETIAP PERUBAHAN YANG KITA LAKUKAN.

RASA2 SETAKAT TU JE LAH....
MAAF KALAU X FAHAM, TERKASAR BAHASA..
SEMUA YANG BAIK DARI ALLAH, YG BURUK TU DITITIPKAN PADA SAYA...
~~~SEE YA!!! ~~~~

No comments: