BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Saturday, September 21, 2013

Iman Menaik dan Menurun

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila sebut pasal Iman, kita akan terus teringatkan rukun iman yang 6 tu kan? Untuk pegang rukun yang pertama pun susah macam mana lah kita mampu nak pegang rukun2 yang seterusnya.
Jangan khuatir kawan2, Iman itu ada naik dan turunnya. Bila iman naik jangan kita bongkak dan bangga diri kononya kita adalah ahli abid yang setia, jangan lupa iman  boleh menurun waktu tu juga. Perasaan bangga dan bongkak boleh memakan diri seseorang. Kita tak hebat kawan2...ujian kita setakat mana je kita mampu hadapi. Then bila kita ditimpa ujian, kita jarang2 je contact Allah kan? kita banyak lupa bahawa segala2nya bawah kuasa Allah. Allah menitipkan kuasanya pada individu2 yang DIA kehendaki.

Aku... banyak sangat buat khilaf. Banyak juga buat dosa. Banyak juga buat maksiat. Tapi kadang2 aku lupa, Allah tu MAHA MELIHAT segala apa yang berlaku. Aku lupa ALLAH MAHA MENDENGAR walaupun aku berbisik2... aku lupa semua tu. Bongkak kan?

Pengharapan sepatutnya total kita serahkan pada ALlah, tapi keyakinan kita selama ni tak cukup kan? masih lagi fikir orang lain lagi berkuasa. Kat situ kita boleh tahu bahawa iman/ pegangan/ kepercayaan kita kepada ALLAH masih lagi x TOTAL. masih lagi samar2 dan ragu2...

hence, marilah sama2 kita berdoa semoga Allah sentiasa merahmati kita dan menjadikan kita salah seorang penghuni syurga adn nya... :)

No comments: