BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Tuesday, September 15, 2015

Menjadi Anak yang hebat

Bismillah



Kerana Umi dan Abah aku Kenal Hidup.

Alhamdulillah kerana sudi melahir dan menjaga diri ini,
walau sedari kecil aku banyak cekadaknya,
tuntutanku kadang kurang mampu kau penuhi,
tetapi kau tetap memberikan yang terbaik buatku.

Umi,
Selama 9 kau mengusungku ke sana ke mari,
Tidak pernah pula kau lontarkaan sebarang keluhan,
Yang aku tahu, kau dan abah setia menanti kelahiran kami semua.
setelah ku dilahirkan,
kau menjaga aku dan yg lain-lain penuh kasih sayang,
segalanya kaau penuhi dengan jayanya.
setelah itu aku menginjak ke alam persekolah,
segalanya kau sediakan agar aku bisa belajar dengan baik,
Tapi pencapaianku tidaklah sehebat pengorbananmu,
maafkan aku...

Abah,
bermulanya dari sebuah perkahwinan kau dengan umi,
pastinya kau tidak pernah berhenti mencari nafkah buat kami.
walaupun ketika itu kami adik beradik masih lagi belum lahir,
kau pasti meranang kewangan dengan baik supaya kami hidup dalam kesenangan.

Umi & Abah,
Kami 8 adik beradik tidak pernah berhenti menyusahkan kalian kan?
kalian menjaga kami denggan baik sedari kecil, sedari  kami dalam perut umi,
kalian sentiasa menunjukkan contoh ibu dan bapa yang baik.
kalian ikhlas, x jemu menjaga kami,
tetapi, settelah kami menginjak dewasa, abah hanya sempat merasa kesenangn  buat sementara sahaja. Hanya kak long dan kak dah sahaja yg sempat berbakti dan menyenangkan abah, kami  tidak sempat. Abah terlebih dahulu meninggalkan kami buat selamanya.
dan Aku, tidak sampai hati intuk bersedih setelah kematianmu, kerana insyaAllah  pasti DIa akan mnempatkanmu dalam kalangan orang yang soleh.
Jadi, sekarang tinggal ummi sahaja tempat kami berteduh kasih, dialah ibu, dialah bapa. Tapi akan ikhlaskah kami menjagga umi sebagaimana ikhlasnya hati seorang ibu menjaga anaknya. Mohon kekeutan Ya Rabb, kerana sesungguhnya hasutan iblis itu sentiasa berbisik-bisik.
Ya Allah, ku mohon kekuatan agar aku bisa menjadi anak yang solehah yang mampu berbakti buat kedua ibu bapaku walaupun salah seorangnya sudah tiada di sisiku.
Maafkan aku 

No comments: