BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Sunday, July 24, 2011

CERITA LAMA....

ASSALAMUALIKUM....

Malam sudah merangkak pergi, disusuli embun pagi hari yang mula menjengah. Tika ini, ku tatap gambar kami lagi.... renungan yang jauh membuatkanku merangkak sekali mengingati cerita dan memori kami bersama...

Terimbau kisah seorang sahabat yg kehilangan abangnya walhal mereka pulang untuk menziarahi atuk mereka yang sakit tenat...tak dapat kita duga dan jangka bila malaikat maut ingin mencabut nyawa kita. Kita hanya mampu merencana hidup kita, tetapi ingatlah..kuasa pelaksanaannya hanya pada Allah. Allahuakbar!!!

Sayat hati ini bila tiba2 teringatkan arwah abah. A.B.A.H. or stand for abah@Abu Bakar Abdul Hamid...Kematian yang kami tak duga....

Detik 13 April 2011,
jam 1 tengahari ku meneerima panggilan dari adikku yang turut sama menaiki kenderaan yang di naiki oleh abah dan umi, mau khabarkan mereka mengalami kemalangan kecil pada mulanya.. ketika itu ku masih lagi berada dalam sesi kuliah Literature....dan akan bersambung dengan kelas gerko...tetapi panggilan kedua memang merenggut tangkai jangtungku...
Bihah...
abah dah tak de...
sakit jangtung n accident....

Mujur ku mengangkat panggilan di dalam kelas kosong berhadapan kelasku... x ada org kat situ...terus ku menangis teresak2.... 

ku kira mungkin petanda dariNya kerana seminggu sebelum tibanya detik itu, ku merasa tidak tenang, ku rasa ingin nagis je...rupa2nya memang aku menangis...

setelah ku terima panggilan itu, ku segera ke english department, told my lec then balik rumah kakak coz kami akan bertolak dengan segera.
sepanjang perjalanan ke rumah kakak dekat gombak, ku menagis dalam LRT...x kisahlah apa org nak fikir...tyak sanggup ku mengangkat mukaku pun...

sepanjang menunggu masa pulang, banyak sms dan panggilan dari sahabat ku terima, mungkin dari situ ku kutip kekuatan yang ada....alhamdulillah kerana ku dikurniakan sahabat yang sedemikian....

setelah tiba di kampung, kami adik-beradik bergilir-gilir mengalunkan kalamullah.ku tak berhenti, bila sampai ku terus duduk di sisi arwah abah, teruskan bacaan sehinggalah org khabarkan perlu bersipa tuk proses pengkebumian...ALHAMDULILLAH sekali lagi dan berkali2 kerana di beri kesempatan tuk menatap wajah abah...

mula dari sampai hingga habi s cuti..ku x boleh tinggal diam...mana boleh, nnt aku akan teringatkan abah ...
kenduri arwah tetap di jalankna sellama 3 hari, memenuhi permintaan umi yang tidak mahu rumah menjadi sunyi..kami turutkan jua, semoga umi x sentiasa tabah hendaknya....

aku rela melakukan semua kerja dari menyediakn bahan2 tuk memasak dan mencuci pinggan mangkuk serta periuk belanga kerana aku tak sanggup duduk diam dan meratapi pemergian abah. sesungguhnya, rumah kami tersimpan kenangan kami bersama...

Maaf lah teman2...seselamba dan semesra mana pun aku setelah tiba di IPIK hanyalah penipuan semata2...aku sedih...hanya rumah Allah, sujud padanya ku dapat menyembuhkan penyakit hati ini...
setiap patah kalamullah yang keluar di susuli air mata...dek kerana tidak mampu meneruskan bacaan, hanya tafsiran al-quran je mampu ku baca...

selain itu,ku kerap meminjam motor seniorku, merempit motor mampu tenangkan ku juga...ku bawa laju2 motor tu dan ku rasa kesedihan dan masalah itu teerbang bersama angin lalu...
i like racing...

to be continue ....
seandainya Allah ciptakan hari sentiasa siang tiadalh malam tuk bemunajat padanya


4 comments:

nidapink90 said...

aku kagum dan bangga denganmu teman kerna kau tabah juga menghadapi uijan dari Nya dan cuba mengatasi kesedihan mu..tapi pesan ku ati2 ye lau nak me racing...

Ain Mardhiah said...

moga arwah abah ditempatkan dikalangan orang2 yang Dia kasihi..

akak pun nak pesan yang sama : hati2 racing =)

Anonymous said...

agak-agak abah neslo ice gembira ker kalau cik neslo racing? ke cik neslo mengharapkan cara kematian yg sama?

bintu assiddiq said...

nida:trimas...aminn...mg Allah memberi kekuatan pdku...
kak ainul: aminn...tq kak
mr.identity: ntahla, x dpt jawab soaln 1st tu...sy x adalah racing sampai langgar lampu isyarat...just tambah kelajuan sikit saja...jalan2 pakai motor,lihat alam ciptaan Allah...bersyukur...alhamdulillah