BISMILLAH-"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah org2 yg beriman harus bertawakkal"
~At-Taubah:51~

Saturday, October 31, 2015

Review Movie-Wedding Dress (Korea,2009)




Korang-korang pernah tonton tak movie kat atas tu? Movie ni tajuknya WEDDING DRESS, movie tahun 2009. (Walaupun dah lama tapi input cerita tu penting)
Tadi akak dok layan movie ni, cuti kan..jadi rehatkan diri la yek. 
So meh akak review sikit movie ni. Movie ni boleh tahan ceritanya. Korang jangan segan silu nak nangis if korang tengok movie ni. Movie ini mengisahkan tentang kasih sayang seorang ibu dan anak. Maknya ada sakit kanser, dia x inform kat anak dia bimbang anaknya sedih. Tapi anaknya ni dapat tahu juga mak dia ni sakit. Secara matangnya budak ni hadapi ujian hidup dia. Masa akak tengok movie ni berjurai-jurai air mata. Nasib baik tengok sorang-sorang... x de lah segan nak nangis. 
Apa jalan cerita dia secara detail korang tengoklah sendiri. Akak x pandai nak cerita tapi akak review ni nak  suruh korang-korang tengok sendiri...nilai senddiri ceritanya... Akak suka nak quote kata2 mak dia dalam movie ni

" My mom is a present for me..." 
Akak dok fikir2...memang...mak and abah adalah hadiah tak ternilai dalam hidup akak. Tapi adakah akak ni adalah hadiah terindah buat mak and abah akak? Akak dah bagi yang terbaik  ke buat mereka? And akak pasti, akak tak mampu nak menjadi sebaik mereka dari segi jasa dan pengorbanan mereka kepada akak. Mereka layan akak dari kecl bagai menatang minyak yang penuh... penuh kasih sayang but cara akak layan mak abah pula beza.... macam pentingkan diri aje. Akak lupa diri kot... dah besar... berkerjaya... lupalah jasa mereka kan? 

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Saturday, October 24, 2015

You are My Man

Bismillah

Tiba2 rindu pula. Pada dia, abah kami. Walaupun dah besar...umur dah semakin meningkat, hamba tetap  rindu dia. Sungguh, hamba jeles teramat..tapi hamba cuba kontrol apabila hamba tengok family lain lengkap dan mesra...hamba dah x leh rasa dah smua tu...He, my abah always number 1 in my heart. the only man ..the only one...

hamba jenis tak de la mesra sngt dengan beradik laki...jadi hamba x close la dengan depa...hamba takut..sebbab hamba susah la nak accept laki dlm hidup hamba. selain 3 org tu..arwah abah hamba, abng hamba and adik hmba..

hamba harapkan depa pimpin family kami lepaih abah tak dok... tapi... biasalh... gitulah...
hamba nak stop dah.. nak nangis da ni... rindu aboh... :(. Abah, doakan kami dari sana ya.. moga Allah hantar org baik2 jaga kami... kami nak jumpa aboh kat syurga...

Thursday, October 8, 2015

Rambut Mahkota setiap Wanita

Bismillah

Memang semua sedia maklum bahawa rambut adalah mahkota setiap wanita.Bila ada problem dengan rambut pasti semua wanita bimbang kan? So, bila masalh berlaku pada rambut...para wanita pasti akan menggunakan pelbagai cara tuk merawatnya.

So do I...

But....

It getting worse...

My problem:

1) Rambut gugur dengan banyak setiap hari..beratus2 helai
2) Uban dekat bhgn kanan kepala.

Siapa tak bimbang kan?

So first skali sy cuba tukar shampoo...
Worsed...
Mula2 rejoice
then pentene
then Himalay
but semua x jadi...
Malahan bertambah2 gugur rambut...
Tak salahkan shampoo...
maye jenis tu x sesuai tuk kepala saya ni...
so now cuba stop pakai shampoo dulu... duk mencari punca dan cara mengatasi masalah ni.

If sapa2 tahu nak refer masalah ni kat doktor mana2 bg tahu lah ye....


Friday, October 2, 2015

Belajar Drive Kereta

Bismillah

Esok nak p blajar kereta lagi...nerbes sebenarnya...sebab x reti2 lagi bawa sendiri.ke tu lumrah bg org yg br nak blajar kereta?serabutt...kadang2 rasa malas dah nak  p blajar...sebab tak reti2 jua...hmmm

Monday, September 28, 2015

I'm Back

Bismillah

Alhamdulillah, I'm coming back here with the hectic daily routine. Go to school and marking book, writing lesson note and teching my class.

What happened with my holiday?
Suppose to be fine right?

Yeah, i was great when i can stayed with my family, spending time with my family members.
Sharing what we like to share for those 2 months that we cannot spend our time together.

However, i like my holiday although i'm not went out and travelled around the world.



Wednesday, September 16, 2015

Merancang Aktiviti di Kampuung

Bismillah

Sudah tidaak sabar lagi rasanyat mahu pulang ke kampung halaman. Desa tercinta, kerana di situlah lahirnya sebuah cinta.

Merancang aktivviti apa nak di buat sebelum tibanya Aidiladha. and at lasst buat keputusan duk ruumah kemas2 rumah aje.. huhu, rindu rumah sebenarnya, rindu kampung, rindu umi..rindu family.

Tuntuntan kenduri puun agak banyak jugak perlu dipenuhi. moga2 dapatla jumpa sahabt2 yang lama dah tak jumpa. 

Tuesday, September 15, 2015

Menjadi Anak yang hebat

Bismillah



Kerana Umi dan Abah aku Kenal Hidup.

Alhamdulillah kerana sudi melahir dan menjaga diri ini,
walau sedari kecil aku banyak cekadaknya,
tuntutanku kadang kurang mampu kau penuhi,
tetapi kau tetap memberikan yang terbaik buatku.

Umi,
Selama 9 kau mengusungku ke sana ke mari,
Tidak pernah pula kau lontarkaan sebarang keluhan,
Yang aku tahu, kau dan abah setia menanti kelahiran kami semua.
setelah ku dilahirkan,
kau menjaga aku dan yg lain-lain penuh kasih sayang,
segalanya kaau penuhi dengan jayanya.
setelah itu aku menginjak ke alam persekolah,
segalanya kau sediakan agar aku bisa belajar dengan baik,
Tapi pencapaianku tidaklah sehebat pengorbananmu,
maafkan aku...

Abah,
bermulanya dari sebuah perkahwinan kau dengan umi,
pastinya kau tidak pernah berhenti mencari nafkah buat kami.
walaupun ketika itu kami adik beradik masih lagi belum lahir,
kau pasti meranang kewangan dengan baik supaya kami hidup dalam kesenangan.

Umi & Abah,
Kami 8 adik beradik tidak pernah berhenti menyusahkan kalian kan?
kalian menjaga kami denggan baik sedari kecil, sedari  kami dalam perut umi,
kalian sentiasa menunjukkan contoh ibu dan bapa yang baik.
kalian ikhlas, x jemu menjaga kami,
tetapi, settelah kami menginjak dewasa, abah hanya sempat merasa kesenangn  buat sementara sahaja. Hanya kak long dan kak dah sahaja yg sempat berbakti dan menyenangkan abah, kami  tidak sempat. Abah terlebih dahulu meninggalkan kami buat selamanya.
dan Aku, tidak sampai hati intuk bersedih setelah kematianmu, kerana insyaAllah  pasti DIa akan mnempatkanmu dalam kalangan orang yang soleh.
Jadi, sekarang tinggal ummi sahaja tempat kami berteduh kasih, dialah ibu, dialah bapa. Tapi akan ikhlaskah kami menjagga umi sebagaimana ikhlasnya hati seorang ibu menjaga anaknya. Mohon kekeutan Ya Rabb, kerana sesungguhnya hasutan iblis itu sentiasa berbisik-bisik.
Ya Allah, ku mohon kekuatan agar aku bisa menjadi anak yang solehah yang mampu berbakti buat kedua ibu bapaku walaupun salah seorangnya sudah tiada di sisiku.
Maafkan aku 

Menjadi sosok yang hebat

Bismillah

Sememangnya setiap insan pasti ingin menjadi contoh dan ikutan yang baik buat insan di sekeliling mereka. Akan tetapi, kekurangan yang ada telah membantutkan tuntutan dan hasrat tersebut. Aku? Semestinya ingin menjadi insan hebat yang mampu menjai contoh yang baik buat insan di sekelilingku. Tetapi ternyata hal tersebut tidak gampang. Menjadi sosok yang hebat masa kini memerlukan kau menjadi insan yang total zero dari sebarang kesalahan. Apa itu mungkin? Nah, hebatnya perlu kau didik diri kau sebelum kau mula mentadbir yang lain. Apa manusia lupa? Manusia itu tidak sempurna, mereka perlu saling melengkapi.

Wahai manusia, kau hamba..., bukan pencipta. Apa kau mahu melawan Sang Pencipta sehingga kau tidak boleh punya dosa sekiranya kau mahu menyeru kepada kebaikan? Aku tahu, kau rimas dengan kata-kata mereka, berkata seakan mereka insan sempurna, mengata saat kau mula mahu mengatur langkah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

Bertabahlah teman, hidup tak selalunya indah dan ceria. Kau cuma ingin melaksanakan tugas kau sebagai khalifah, jangan cepat menyerah...sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu.

#cukupakukagumdengansesetengahindividuyangcekalmenyerukepadakebaikandannmencegahkemungkaran.Antaranya'KakHassanah'.
Walaupun dia muda 4 tahun dari aku ttapi sikap dan sifatnya cukup matang. tidak gopoh dan sabar. Bolehkah aku jadi sepertti itu?
Mohon doanya.

Wednesday, September 9, 2015

I love my Holiday

Bismillah

Tadi baru habis meeting pasal campibg. adake patut nak buat camping time cuti yang panjang tu. i want back home la.  i love my holiday very much so i cannot tolerate. Orng atas suka tau buat aktiviti time  x munasabah... x sukax2.

Hence, lastnya mmg smua x stuju kecuali 1 group je. he3, so depalah yg settle kan smua ttntang camping tu, bw buddak, uruskan budak, uruskan pertandingan budak... Bukaan tak nak tolong tapi cuti lah... i dahlah dok jauh. balik pun time cuti panjang cenggini.
I nak lepak2 dengan family, nak borak-borak, nak sembang-sembang.
Kesian i tau. dah 2 bulan x balik menjenguk mak yang sorang dan dah agak lama la x menjenguk kuburan arwah abah i. so please ea. lain kali jangan buat time cuti pnjang. Sbebnarnya sronok gak camping but if cuti panjang mcm ni mohon sorry ea if i tak melibatkan diri. i rindu mak i sorang tu.
Wishh best of luck frenz during the camping.

Monday, September 7, 2015

Aku dan Tamar

Bismillah

Kisah aku dan pohon tamar adaalah sebuah kisah perbezaan.  Perbezaan di antara hamba Allah yang terjamin tempatnya di syurga dan kisahku yang tiada petanda syurga atau neraka.

Pada aku manusia adalah hamba Allah yang paling kritikal. Hidup dalam keadaan penuh kadang-kadang. Kadang-kadang manusia boleh jadi baik, kadang-kadang jahatnya mengalahkan syaitan.

Tapi aku bersyukur aku adalah manusia. Kerana aku boleh menikmati dunia yang Allah ciptakan untuk manusia ini, iaitu hambanya. Dunia yang sebenarnya medan ujian, menjadi tempat terakhir bagi sesetengah manusia. Apa tidaknya, hidup di dunia bagaikan dunia ini miliknya. Apa sombong kamu? Sudah tidak kenal sama Allah penciptamu? Dunia inilah tempat pengumpulan amalan2sebagai bekal untuk hari kebangkitan nanti. Tapi x ramai yang menjadikan dunia ini sebegitu. yang ramainya mengagungkan dunia melebihi segalanya. Apa kaitannnya denganku? ada kaitannnya...Bukankah aku juga  manusia? Bayak salahku. Apa kamu kira aku malaikat? Diciptakan tanda dosa dan  kekurangan...

Dan berkisar kissah si pohon tamar. Aku mengkaguminya. Kisahnya diabadikan. Diaa juga dijanjikan syurga. Nak tahu lebih lanjut? dengarlah lagu dari Daqmie, Tangis Sebatang Tamar.

Thursday, September 3, 2015

Happy 25

Bismillah

Bila dicongak hidup ini, dah 25 tahun ak hidup, 19 tahun hidup di samping parent and after that bermulalah journey hidup dekat luar and now i'm working. Going to be an adult...

25 tahun hidup tanpa matlamat yang jelaas ternyata adalah pembazirn yang amat nyata. Apa aku nak buat esok? apa aku nak buat minggu depan? apa aku nak buat 1 tahun lagi? What is my planned for the next year? Actually I don't know...

Saturday, April 18, 2015

Izinkan Aku Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim

Pintaku hanya satu Ya Allah,
Izinkan ak mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Tapi ak masih lagi mencari2 erti bahagia,
apakah bahagia itu apabila kita tahu senyum 24?
Apa bahagia itu apabila kita bersama keluarga tercinta?
Apa bahagia itu apabila aku menjadi si kaya raya tanpa perlu memikirkan masalah kewangan yang melanda?

Sungguh,
Ak mohon agar dalam hidup ini ak rasa bahagia.
Tiada rasa resah gelisah,
Tiada rasa gundah gulana.

Ya Allah,
Ak begini,
Apa ak mampu mencapai kebahagiaan hakiki?
Ak si pendosa.
apa aku bisa mencapai redhomu?

Aku sangat butuh kasih Mu Ya Rabb,
kasih sayangmu yg menbuat jiwaku bersarang dengan gula2 kemanisan iman,
Aku butuh bantuanmu Ya Rabb,
yang mampu membuka pintu hatiku,
pimtu kebahagiaan jiwaku.
Kerna aku merasakan hati  ini telah hitam Ya  Rabb,
jadi makin sukar ku merasai kemanisan itu...
Hantarlah saudara seislamku yg mampu membuat jiwaku bahagia,
yang mampu membuat hati dan jiwaku merasa tenang,
setenang-tenang air di lautan.
Hantaarakan sesiapa sahaja Ya Allah,
supaya jiwaku tidak kering lagi,
walau hakikat ianya tidak kelihatan,
tetapi hanya ku yang merassa...

Ya Allah,
Aku butuh cintamu,
Aku butuh manusia yg cintakanmu,
Agar hidup aku dan kami sentiasa dalam lembayung rahmatmu... 

Sunday, April 12, 2015

In Memories

Bismillahirrahmanirrahim...

Abah,
sudah 4 tahun pemergian mu dari sisi kami,
Sayu,
Sedih,
Rindu....

Abah,
tangisan ini kudiamkan
memori bersamamu menjengah,
saat ak snap belakang abah,
hati terdetik
'apakah ini kali terakhir ak bersamamu'
ya...
sememangnya itu adalah kali terakhir kami keluar bersama
menghirup angin pentai
tenang dan damai..

Abah, ak sangat merinduimu..
tunggu ak di pintu syurga...

Saturday, April 11, 2015

aku harus bagaimana?

bismillahirrahmanirrahim

Sering kali persoalan menjengah,
bagaimana harus aku berubah?
apa jalannya?
tunjuki aku caranya.

Aku,
si fakir,
sepi di satu sudut,
apa harus ak jadi seperti mereka?
mesra, ramah dan tamah?
mereka pandai menutur kata,
sedang aku termanggu-manggu memula bicara.

Apa aku salah?
menjadi si bisu tanpa bicara?
aku berkira2 untuk melontar kata,
tapi aku khuatir ianya tidak bertepatan,
mungkin tersalah bicara nanti.

Jadinya,
ak terus sepi.

Maafkan aku,
sekiranya kau tahu caranya tuk mengubahku,
persila,
bicarakan,
katakan padaku agar bisa menjadi sepertimu,
Si ramah dengan senyum mesra...

by:si fakir

Saturday, March 14, 2015

Kini Aku Bergelar Cikgu

Alhamdulillah, setelah dihitung, dah dekat 2 bulan dah ak bergelar Novice Teacher. Kejap pula rasanya, pejam celik pejam celik dah dekat dua bulan ak berada di bumi asing bagi aku. Itulah, masa sekarang ni cepat je berlalu, bangun tidur awal pagi, tapi kejap je dah petang. memnag awal2 lapor diri rasa cuak juga, iyelah, ak sorang 2 je kat sini. JoHor pula tu, dati timur ke ssdi guru ke selatan, jauh perjalan aku..huhu, sebab tu la if cuti berkira2 juga nak balik. jauh kot dari bandar nak masuk tempat ak tu. walaupun bukan kawasan pedalaman tapi tak ada kenderaan awam selain teksi nak massuk dalam tu. Boleh poai juga lah kalau tiap kali cuti nak balik. So, balik bila ada cuti panjang je lah.

Okeh, selama lebih kurang jagi cikgu ni adalah ak pegang beberapa jawatan kat sekolah selain masuk kelas mengajara BI 30 waktu (habis suara kottt, huhu). OCntihnya, kena buat saringa LINUS 2.0, jadi guru kelas (kena ambil tahu semua hal murid, tanda kehadiran, macm2 lagi). Selaain tu jadi cikgu bilik kesihatan( habuk pun tak start lagi, aalasannnya, ap jobskop tugasan ak?)

Bila dah dekat sebulan mengajar ni macam2 ceritalah ad. Jadi, banyak benda ak kena fikir tuk anak murid aku, untuk kelas ak. Jadi cikgu bukan nak kena fikir pelajaran mereka je, akhlak mereka pun kena didik sekali. Korang mesti ingat jadi cikgu mudah kan? Cubaah jadi cikgu dulu sebelum cakap aapa2.

Doakanlah supaya ap yang ak buat ni selari dengan tuntutan Islam. Supaya anak didik ak jadi orang yg berguna di dunia dan akhirat. At least hidup ak kat dunia ni tak delah  sia2..

Siapa Aku di hadapan Tuhanku?

'Mak, siapa yang nak jadi imam ni?'
Semua adik-beradik ayah saling pandang memandang antara satu sama lain. 'Ish, takkan seorang pun tak mampu jadi imam untuk solat jenazah ayah sendiri?', ligat otakku berfikir. Selaku cucu sulung perempuan, sedikit sebanyak aku rasa bertanggungjawab untuk memastikan jenazah arwah atukku diuruskan dengan baik. 
'Ntah la Ayu, mak pun tak pasti.' Akhirnya Imam Nasir juga lah yang terpaksa menjadi imam solat jenazah arwah atuknya. Bukan atuk Ayu tak ada anak lelaki tapi semuanya bagi alasan. Atuk Ayu meninggalkan 5  orang anak, 4 lelaki seorang perempuan. Yang perempuan tu ibu Ayu. 
Ayu ingat lagi petang tadi, saat beberapa orang sedang tekun membaca ayat suci al-quran, semua ayah saudara Ayu elok aja berbual di luar rumah. Bila ibu Ayu mengajak mereka membaca bersama ada pula yang menjeling tajam. Mungkin marah kot...


Itulah realiti hidup sekarang. Bila ahli keluarga meninggal bukan ahli keluarga itu sendiri yang menguruskan jenazah, tapi orang lain. Sebagai contoh urusan memandikan jenaxah, solat jenazah dan pengkebumian jenazah. Semuanya bukan ahli kelurga yang uruskan. 
Betullah apa yang selalu Raihan nyanyikandalam nasyid mereka:

Iman tak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertaqwa,
iman tak dapat dijual beli
ia tiada di tepian pantai...

Seorang ayah dan ibu dah berusaha sehabis daya dah menerapkan nilai2 islam dalam diri anak2 tetapi iman seseorang tak dapat diwarisi dan ianya tidak berketurunan.
Setiap individu bertanggungjwab menerapkan nilai islam dalam dirinya. setelah bertahun diajar oleh kelurga masing2 maka pikuullah pula tanggungjawab tuk menerapkan nilai itu dalam diri. 

Kecik2 dulu pernah diajar membaca al-quran, solat dan menutu aurat tapi apabila dewasa, bacaan al-quran entah ke mana, solat pun tak menentu, aurat apatah lagi.
kat sini bukan nak mengaibkan sapa2 tapi itulah realiti zaman sekarang.
Dunia akhir zaman. Dunia di mana manusia mengejar dunia, akhirat ditinggalkan ke tepi.
 
Apa kamu mahu di labelkaan ssebagai orang yang tidak reti bersyukur. 
Kalau dihitung karunia Ilahi, kebaikan yang kamu lakukan tak mampu nak membantu kamu ketika amalan kamu dihitung. 

Bersyukurlah teman, 
Andai hari ini kau masih diberi nyawa untuk bertaubat.
Aku juga jahil, aku juga hina,
tapi aku pingin berada di syurga bersama Rasulku, ahli keluargaku, sanak saudaraku dan teman2 ku.
Sehingga ketemu di sana. 


Friday, February 27, 2015

Kenapa Begini, Bukan Begitu?

Bismillahirrahmanirrahim

Honestly, soklan ni memang dah lama ada, dan massih x jumpa lagi jawapannya.
Kenapa aku jadi macam ni? betapa kerassnya hatiku ini?
untuk ak jadi individu yg penuh dengan perasaan.
Memang ak cuba pupuk perasaan tu tapi sungguh, tak boleh.
Ak rasa aku macam robot, feelingless.tak ada perasaan, 
Gembira hanya hadir seketika,
Tak smpai beberapa ketika ak bagai x ad rasa...
Sedih?
Aku akan rasa bila aku bersama denganNYA, bila aku mohon ampun, bila ak mohon belas DIA.
Pada situasi lain?
Jujur ak kata ak tak ad perasaan.
Sekiranya ini salah, apa harus ak buat? 
Ak tak nak org kata  ak x ad empathy, tp kenapa x ada rasa itu dlm hati ak...

Wednesday, February 25, 2015

Alhamdulillah, dapat posting yeay

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah yg menghidup dan mematikan makhluk ciptaannya...

After a few week the time passed by, finally I have time to posted something in this blog. Due to the limited time i got and something goes around, i unable to share anything. 

yeah, Alhamdulillah..
I have been posted in Kota Tinggi, Johor. 
Here, i know nothing. I met new people,new surrounding and have to fit myself.
However, InsyaAllah, I will try myself to be the best educator for my pupils....
Ilal Liqa'  Ma'assalamah :)

Wednesday, January 21, 2015

5 Tahun 5 Bulan

Alhamdulillah,
5 tahun 5 bulan sudah berlalu.

Menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas Spm di sebuah institusi pendidikan guru tak aku jangka. Tapi, takdir telah menentukan segalanya. Akhirnya selesai juga tempoh pengajian yang ditetapkan walau banyak duri2 berterabur yang aku redah. ingat senang ke nak habiskan semua tu? Alhamdulillah, berkat sokongan dan dorongan keluarga dan sahabat2, aku berjaya menghabiskan pengajianku. Jangan lupa, Allah adalah sebaik2 pendamping selama ini. tanpanya aku tiada arah tau.

Tahun terakhir (2014) adalah tahun yang amat mencabar di mana aku perlu menjalani praktikum selama 3 bulan, internship dan juga menyiapkan kajian tindakan untuk dijilidkan. alhamdulillah semuanya selesai dan aku legaaaa sangat.

Kini aku sedang meninggu panggilan posting setelah aku dikhabarkan lulus dalam temuduga SPP hari tu (before exam final). Alhamdulillah, Allah permudahkan. Harapnya penempatan yg diberikan adalah yang terbaik buat aku dan juga keluargaku.

Persiapan untuk posting?
Hah, yg ni belum buat apa2 lagi. Tiba2 pula diberi ujian sakit perut(cirirt-birit after banjir ni). So x dapat nak keluar buat urusan lg. Apa yg harus buat? Medical check up, akuan sumpah dan buka kwsp. Tu yang penting buat masa ni.

So, hope everything is going to be fine :)
Ilal liqa' ma'asssalaamah...